CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1433|Reply: 0

Maria Farida Akui Ada Banyak Kes Gangguan Seksual Di Set Penggambaran

[Copy link]
Post time 14-7-2022 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Maria Farida, 53, mengakui pelakon wanita masa kini kebanyakannya lebih kental berbanding pelakon dahulu.


Katanya, disebabkan itu, pelakon wanita pada masa kini jarang menjadi mangsa gangguan seksual di set penggambaran.


Foto: IG




“Wanita masa kini kental. Lebih-lebih lagi artis. Bukan jenis lembik.


“Saya tak rasa ada lelaki yang berani ambil kesempatan ke atas mereka.


“Saya rasa mereka boleh jaga diri dengan baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.




  



Maria mengulas tentang isu gangguan seksual di set penggambaran filem dan drama.


Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Maria Farida Atienza ini berkata dia pernah terfikir untuk bersara daripada dunia lakonan pada 10 tahun lalu.


  



Namun, dia masih melakukan kerja lakonan disebabkan tawaran dan permintaan dari penerbit dan pengarah.


“Susah untuk katakan tidak. Saya lakukan sebab saya suka. Kerana itu saya pilih syarikat produksi yang saya kenal. Rakan pelakon yang juga kawan saya. Saya mahu buat benda ini untuk keseronokan.


  



  



“Nak kata selama-lamanya, mungkin tidak. Saya ada perniagaan yang perlu diuruskan.


“Bergantung kepada kelapangan. Kalau tak sibuk, saya akan buat (berlakon),” ujarnya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.069015 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list