View: 5208|Reply: 86
|
[Tempatan]
Empat maut, nahas tujuh kenderaan
[Copy link]
|
|
Empat maut, nahas tujuh kenderaan
Balqis Jazimah Zahari
am@hmetro.com.my
Ipoh: Empat maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, petang ini.
Empat mangsa iaitu seorang lelaki dan tiga wanita disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada 3.02 petang sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera di lokasi didapati kemalangan membabitkan tujuh kenderaan iaitu sebuah lori treler dan enam kereta sedan.
"Keempat-empat mangsa tersepit di dalam kenderaan dan anggota menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.
"Kesemua mangsa disahkan maut oleh petugas kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan keseluruhan operasi tamat pada jam 4.16 petang.
Disiarkan pada: Julai 13, 2022 @ 6:06pm |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-7-2022 11:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by LoveSungmin at 13-7-2022 11:52 PM
Ciuman terakhir….
Tangisan sayu anak pasangan suami isteri yang maut dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan petang tadi semasa tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh di sini.
Mangsa yang maut ialah pesara polis, Koperal Rahim Ramli, 60, dan isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak mereka iaitu Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.
Gambar oleh - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-7-2022 11:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by LoveSungmin at 13-7-2022 11:51 PM
Susulan kemalangan maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan 5 buah kereta dan sebuah treler di Km 277.1 dari Ipoh menghala ke arah selatan pada petang tadi. Pihak hospital telah mengenal pasti dan mengesahkan identiti mereka yang terlibat dalam nahas.
Mangsa-mangsa yang menaiki kenderaan pesona PXN 7242 telah meninggal dunia.
1. Rahim bin Ramli (620408-02-XXXX)
2. Siti Petimah binti Omar (630525-07-XXXX)
3. Nor Hadirah binti Rahim (940526-07-XXXX)
4. Nor Hamizah binti Rahim (950902-07-XXXX)
Sumber: Bomba Meru Raya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.. takziah buat keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar... takziah pd keluarga. Sejak dah berusia ni mmg takut tgk treler or lori2 besar kt highway. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...
pg td pun ada org accident meninggal kat tmpt aku ni
remuk habis kereta
byk kes accident skrg ni
aku pun baru beberapa hari lepas accident langgar motor |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 14-7-2022 12:26 AM
Innalillah...
pg td pun ada org accident meninggal kat tmpt aku ni
Teruk ke. Macam mana boleh langgar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...katanya nk hantar arwah hadirah tu dpt kerja kt kl ni. Dlm sinar tulih nadirah. Hmetro tulih hadirah mana satu yg betoi xtau |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat ahli keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillaahi wainna ilaihi rojiun. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 14-7-2022 07:40 AM
Innalillah...katanya nk hantar arwah hadirah tu dpt kerja kt kl ni. Dlm sinar tulih nadirah. Hmetro ...
Alahai sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
Cane ley eksiden? Xde punca kn dlm artikel? |
|
|
|
|
|
|
|
sebak nya tengok muka anak yang pakai kacamata tu,,
semoga Allah melindungi kalian |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah..dah abis pkp ni everyday ada kemalangan maut..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya .. menyayat hati betul..
dlm artikle ni mcm x bgtau detail sgt ..
risaula excident2 nie ..
esok dahla nak lalu plus ni pagi2 lepas subuh..
dahla lori besar2 bnyk.. semoga dilindungi la ... amin |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang terus bontot kereta persona tue. Ada yg ckp treler tue mengantuk, habis disondol kereta kat depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...habis 4 branak.
salam takziah kpd keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
| |
|