Sumber IG
Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa tidak selesa dengan komen segelintir netizen mempertikaikan minat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang masih kecil tetapi gemar melaram dan bersolek.
Che Ta menerusi Instagram berkata, apa yang dilakukan anaknya itu adalah minat peribadinya dan tidak perlu dijadikan isu besar.
"Tolong dengar, hampa tak nak siapkan anak itu masalah hampa. Anak saya memang suka bersiap. Takkanlah dia nak melaram kami nak larang. Contoh anak hampa suka melukis, takkan hampa nak marah mereka melukis.
"Anak saya memang suka pakai mekap dan suka melaram. Nanti kalau marah, dia menangis. Satu kerja pula nak kena pujuk," katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Katanya lagi, kebanyakan yang menulis komen mencari salah dirinya dalam mendidikan anak adalah pengguna akaun palsu.
"Yang komen semua guna akaun palsu. Sekali libas guna bulu mata saya yang setebal 7 petala langit ini baru hampa tahu.
"Kalau tak letup, hampa kata tak pandai jaga anak. Kalau cantik, hampa kata kesian zaman budak-budak sekarang itulah inilah.
"Macam hampa dulu kecil-kecil suka mandi sungai, mak ayah larang pun hampa pergi terjun sungai. Begitulah anak saya.
"Jaga anak hampa sendiri. Sibuk jaga anak orang sampai anak sendiri kelaparan. Hampa nak Aaisyah tinggal dalam gua ke?" katanya. - CARI
|