CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9267|Reply: 139

Bayi 4 Bulan Ditidurkan Lepas Tercampak Atas Highway Angkara BMW Cilok Tak Lepas!

[Copy link]
Post time 12-7-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Kisah bayi berusia empat tahun terbabit kemalangan jalan raya pada Isnin ternyata meruntun hati pengguna media sosial.


Dalam perkongsian di Instagram, ibu kepada bayi tersebut, Natasya Nadia Dahlan, 30, merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.







IG Natasya




Ketika dihubungi mStar, Natasya berkata ketika kejadian dia bersama suami Aiman Nazim Jamaluddin, 30, adik lelaki Mohd Shafiq Iman, 20, serta anak tunggalnya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Putrajaya.


Lebih pilu katanya, pada masa itu dia sedang menyusukan bayinya sebelum kereta yang dinaiki dirempuh secara tiba-tiba BMW berkenaan.


"Kami berangkat dari rumah mentua di Meru, Ipoh nak ke Teluk Intan untuk ambil adik saya di kolej komuniti. Kami keluar tol Sungkai nak balik ke Putrajaya. Masa kejadian saya sedang menyusukan bayi.


"Awalnya kami berada di belakang BMW tu. Apabila jalan sesak, dia masuk ke laluan kiri. Saya cakap kat suami, kereta ni duk mencilok, bawa pun agak melulu.







IG Natasya




"Saya nampak kereta tu nak masuk dari lane paling kiri ke kanan. Kami pula di fast lane. Oleh kerana tak lepas nak mencilok, dia menghimpit kami sebab tak muat nak ke depan.


"Kemudian tiba-tiba je suami brek mengejut dan saya nampak asap. Saya, adik dan anak tercampak keluar. Suami je ada dalam kereta. Ada saksi nampak kereta BMW tu perlahankan kenderaan lepas kemalangan, kemudian dia exit tol Behrang," imbasnya.


Menurut Tasya, selain anaknya yang kini bertarung nyawa di hospital, dia turut patah kaki kiri dan mengalami lebam di bahagian rusuk.


Adiknya pula sekadar cedera ringan manakala suaminya bakal menjalani pembedahan gara-gara cedera dalam kemalangan berkenaan.


"Anak saya ditidurkan di NICU (Unit Rawatan Rapi Bayi) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sejak semalam. Kemungkinan doktor nak bedah kaki, tapi doktor kesan ada pendarahan di kepala.


"Saya dengan adik dah balik ke rumah, suami pula masih di hospital untuk bedah tangan. Kulit tangan dia tersiat dalam kejadian tu," ujarnya lagi.


Ketika temubual dengan mStar, Tasya turut meluahkan rasa terkilan atas sikap tidak bertanggungjawab pemandu BMW tersebut dan berharap dia akan menerima balasan setimpal.




IG Natasya




"Mungkin pemandu tu tak tahu ada bayi dalam kereta kami. Tapi sekurang-kurangnya bertimbang rasa la. Kalau saya dengan suami je tak apa, tapi bayi kami pun kena. Ini bayi pertama kami.


"Sepatutnya dia berhenti tanya dulu. Saya terkilan sebab dia tak berhenti langsung. Bapa mentua saya akan buat laporan polis hari ni. Saya harap pemandu tu akan rasa apa yang saya rasa dan dapat balasan atas perbuatannya," ujar Tasya.


Kisah Tasya meraih perhatian ramai selepas beberapa selebriti seperti Anzalna Nasir, Elisya Sandha, Aliff Satar, Catriona Ross, Elvina Moahamad, Mira Filzah dan Fizo Omar tampil memberikan sokongan buatnya di media sosial.








Orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan kes berkenaan boleh menghubungi Tasya di talian 016-4070559.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 04:03 PM | Show all posts
Comel baby ni. Ni mesti mak dia pangku je. Tak letak baby car seat. Bahaya.

Apa2 jadi mesti anak yg tercampak dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga baby cepat sembuh, ada byk persoalan yg bermain di pikiran namun kutahan demi menjaga sosial beauty
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya syarat renew roadtax.kene psg dvr cam dlm kete la..bape ringgit je tu..xsmpai rm50 pn ada..payah bila jadi cmni
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:17 PM | Show all posts
Suchi replied at 12-7-2022 04:07 PM
Semoga baby cepat sembuh, ada byk persoalan yg bermain di pikiran namun kutahan demi menjaga sosial  ...

sama lah kak....ku tahan je jemari ni nak komen.
iolss doa semoga baby cepat sembuh je la
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pakai tali pinggang keledar ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 12-7-2022 04:21 PM

Kalo khinzir tu exit tol behrang mohon pihak plus carik cctv according to date & time kejadian. Report polis tu yg paling penting. May Allah ease everything
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:24 PM | Show all posts
Suchi replied at 12-7-2022 04:07 PM
Semoga baby cepat sembuh, ada byk persoalan yg bermain di pikiran namun kutahan demi menjaga sosial  ...

agaknya baby sejenis menyusu badan .. nangis2.. sbb tu tak pakai dua benda penting tu kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 12-7-2022 04:20 PM
Kalo khinzir tu exit tol behrang mohon pihak plus carik cctv according to date & time kejadian. Repo ...

Betul.. boleh agak kan masa nk tgk kereta tu exit tol, model keter pn tau
Tlglah jd cekap en polis
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mak tak pakai seat belt & anak tak duduk
dlm car seat
sebab tu tercampak keluar kedua2nya
bila diwajibkan car seat ramai yg meroyan
ini lah sebabnya penting car seat
safety 1st org kata….
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:26 PM | Show all posts
pemandu2 BMW and Merc ni selalunya otak kecik dan kote kecik..tul tak @greentea ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:30 PM | Show all posts
guesswho09 replied at 12-7-2022 04:25 PM
Mesti mak tak pakai seat belt & anak tak duduk
dlm car seat
sebab tu tercampak keluar kedua2nya

betul la tu

tp ceritanya kat sini.. langgar lari.. @ pemanduan yg membahayakan..
tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
x pakai selt belt & ank tak duduk dlm car seat VS BMW yg cilok tak lepas.....forumer Cari...tgh tuding jari kat 'sapa yg salah'....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu pentingnya dashcam. Nak cakap siap salah dalam kes ni pun susah sebab just hearsay. N kesian baby ya…. Laki iols kalau drive with baby kecik, memang heols akan duduk lane slow walaupun our kids duduk dalam car seat
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:41 PM | Show all posts
Semua lorong tol plaza ada cctv kann?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 12-7-2022 04:30 PM
x pakai selt belt & ank tak duduk dlm car seat VS BMW yg cilok tak lepas.....forumer Cari...tgh tudi ...

Obviously bmw tu pakai oku card.. duh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayi 4 bulan daaaa,bukan 4 tahun..
Semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:45 PM | Show all posts
yang do salahkan mangsa dah kenapa, tak letak dlm car seat lah apa.. Maknya terang2 cakap tengah susukan baby kot.. Malas sangat nak membaca ! Moga hanjing BMW tu dijumpai cepat, hanat betul perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:50 PM | Show all posts
siann taw.. sbb baby 4 bulan, kalau kt yg trcampak ke luar effect dia cmne, tmbh dkat bby kecik pulak.. mmg la mak dia pangku dah dia menetek si baby tu dah kenapa nk pakai seat belt, faham ke tak... geram taw, kat fb ada yg ckp knapa x letak dkt bby seat masih nk salahkan mangsa.. yg x de anak je boleh cakkp mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 12-7-2022 04:41 PM
Obviously bmw tu pakai oku card.. duh..

Aku paling 'benci'..apabila 'aspek teknikal' dicanangkan sbg kesalahah banding ngn perangai hamjad manusia itu sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.514868 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list