CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pasangan kekasih cedera bertembung kereta dipandu lawan arus

[Copy link]
Post time 10-7-2022 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan kekasih cedera bertembung kereta dipandu lawan arus

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Kereta yang dinaiki sepasang kekasih remuk teruk di bahagian hadapan selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda. FOTO Ihsan Pembaca




Butterworth: Sepasang kekasih cedera selepas kenderaan dinaiki mereka berdua bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) yang dipercayai memandu melawan arus di Kilometer 4.5 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, lelaki berusia 27 tahun yang memandu kereta jenis Volkswagen membawa teman wanitanya berusia 25 tahun sebelum kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan kereta 4WD jenis Mitsubishi Triton yang memandu melawan arus.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Assisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, pihaknya memperoleh maklumat berhubung kemalangan itu daripada orang awam.

"Siasatan mendapati kemalangan ini membabitkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Volkswagen warna merah yang dipandu seorang lelaki dengan membawa seorang wanita dan kereta jenis Mitsubishi Triton warna putih.

"Ketika tiba di lokasi, pemandu Mitsubishi Triton memandu melawan arus sehingga bertembung dengan kenderaan dinaiki lelaki dan wanita terbabit.

"Akibat daripada pertembungan itu, lelaki serta wanita berkenaan cedera di perut dan menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ)," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Radzi berkata, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.








Disiarkan pada: Julai 10, 2022 @ 5:11pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054613 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list