CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 0

'Selangor menang nasib'

[Copy link]
Post time 9-7-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Aksi pemain Selangor (jersi merah) dan KL City pada pusingan kedua Piala FA di Stadium MBPJ malam tadi. - FB KL City

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Bojan Hodak menyifatkan pasukannya tidak bernasib apabila terpaksa akur tewas 1-0 di tangan Selangor dalam aksi pusingan kedua Piala FA, malam tadi.

Kekalahan yang dialami di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut menyaksikan skuad City Boys tersingkir dari saingan Piala FA musim ini.

Namun, Hodak mengakui gembira dengan corak permainan yang dipamerkan anak buahnya dalam perlawanan itu, namun kegagalan menghasilkan jaringan memusnahkan impian mereka melangkah ke suku akhir.

"Kami memperoleh beberapa peluang pada penghujung perlawanan, tetapi tidak bernasib baik kerana kami tidak berjaya menjaringkan gol.


"Ia perlawanan 50-50, kami melakukan satu kesilapan di bahagian pertahanan. Saya tidak fikir mereka mencipta peluang (untuk mendapatkan gol tunggal perlawanan)," katanya selepas perlawanan.

Terkeluar dari saingan Piala FA bakal memberikan KL City lebih banyak ruang untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga Super selepas menduduki tangga keenam dengan mengumpul 13 mata selepas 10 perlawanan.

Malah, anak buah Hodak juga berdepan tugas getir di saingan Piala AFC apabila akan berdepan wakil Vietnam, Viettel di pusingan separuh akhir Zon ASEAN yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... langor-menang-nasib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.421986 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list