CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tragedi Baling: RCI platform terbaik cari punca bencana, pihak bertanggungjawab

[Copy link]
Post time 8-7-2022 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi Baling: RCI platform terbaik cari punca bencana, pihak bertanggungjawab

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 8, 2022 @ 1:09pm  bhnews@bh.com.my




Keadaan petempatan penduduk di Kampung Iboi, Kupang, Baling, selepas banjir lumpur dan kejadian kepala air kilat pada petang Isnin lalu. - BERNAMA




GEORGETOWN: Siasatan bagi mengenal pasti punca banjir lumpurdan kejadian kepala air yang mengorbankan tiga nyawa penduduk di Kupang, Baling, pada Isnin lalu perlu dikendalikan dengan penuh teliti dan telus.

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan, Ramkarpal Singh, siasatan teliti dan telus perlu bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berulang dan memastikan pihak yang terlibat mesti bertanggungjawab.




Ramkarpal Singh. - NSTP/ARKIB
"Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan menjadi forum terbaik bagi menyiasat dengan teliti kerana pesuruhjaya mempunyai kuasa untuk menerima semua keterangan. RCI juga boleh memeriksa pihak yang berkaitan dengan memanggil orang berkenaan hadir di hadapan mereka bagi memberi bukti.

"Oleh yang demikian, pakar-pakar lain yang berkaitan juga boleh dipanggil bagi menjelaskan perkara itu. Seksyen 3(1)(c) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 membenarkan siasatan diadakan secara terbuka dan sepatutnya dilakukan dalam kes ini memandangkan terdapat beberapa versi yang bercanggah.

"Rakyat khususnya di Kedah ada hak mengetahui punca bencana ini. Kerajaan perlu memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya menubuhan RCI dengan segera demi ketelusan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan semalam yang berpandangan tiada keperluan mewujudkan RCI mahupun Suruhanjaya Siasatan Awam bagi menentukan punca tragedi banjir di Baling.

Kata menteri berkenaan, Gunung Inas tidak tersenarai sebagai kawasan berisiko berlaku bencana kepala air, justeru siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian pada Isnin lalu itu.

Takiyuddin juga memaklumkan, siasatan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan disiapkan secepat mungkin dan pihaknya yakin dengan kepakaran agensi terbabit tanpa perlu membentuk jawatankuasa khas lain untuk menyiasat.

Ramkarpal melihat Takiyuddin membuat justifikasi berkenaan berdasarkan siasatan yang dikatakan sudah dijalankan oleh jabatan berkaitan seperti Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK).

Beliau juga menegaskan, bencana itu bukan sahaja menyebabkan kerugian ekonomi yang teruk kepada penduduk di kawasan terlibat, tetapi Pulau Pinang turut mengalami masalah gangguan bekalan air sejak dua hari lalu.

"Adalah penting diberi perhatian terhadap dakwaan berkaitan punca banjir, terutama sama ada ladang hutan seluas 21 hektar di hulu Kupang yang terjejas teruk menyumbang kepada kejadian berkenaan," katanya.

Selasa lalu, Takiyuddin memaklumkan, laporan rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada aktiviti pembalakan aktif di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas sehingga mengakibatkan kejadian kepala air dan banjir kilat di Baling.

Sebaliknya, menteri berkenaan menjelaskan, terdapat pembangunan ladang hutan di kompartmen lapan, Hutan Simpan Gunung Inas sejak 2019 yang mendapat kelulusan kerajaan Kedah yang setakat ini membabitkan penanaman lebih 5,000 pokok di kawasan seluas 52 hektar.

Banjir lumpur kira-kira jam 4 petang Isnin lalu itu mengakibatkan beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dengan lebih 80 rumah terjejas serta tiga nyawa terkorban.

Pada 6 Julai, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak mempunyai kepentingan terhadap projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas, yang didakwa antara penyebab bencana Isnin lalu itu.

Sebaliknya, tegas beliau, arahan supaya memberhentikan penanaman durian itu dikeluarkan pada Julai 2020, iaitu selepas dua bulan beliau menjadi Menteri Besar yang turut melibatkan arahan kerja penanaman tanaman tutup bumi.

Menteri Besar menjelaskan, projek itu asalnya daripada kerajaan terdahulu dan tumpuan kerajaan negeri di bawah pimpinannya adalah untuk mencari penyelesaian menyeluruh tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.

Semalam, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menafikan kerajaan negeri ketika pimpinannya mempunyai kaitan dengan ladang durian di Gunung Inas, sebaliknya mendakwa pembersihan hutan bagi memberi laluan kepada projek terbabit dilakukan antara 2008 dan 2013.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053319 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list