CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan air Pulau Pinang kembali pulih

[Copy link]
Post time 8-7-2022 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan air Pulau Pinang kembali pulih

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



PETUGAS Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang Sdn Bhd memantau Loji Rawatan Air Sungai Dua, Perbadanan Bekalan Air (PBA), Tasek Gelugor, Pulau Pinang di sini, hari ini. FOTO MIKAIL ONG




Butterworth: Kadar pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, di sini sudah mencapai 99 peratus, sekali gus memulihkan bekalan dan tekanan air yang dihadapi hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang sejak kelmarin.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam laporan kemaskini pagi ini memaklumkan bahawa dengan usaha yang dijalankan menjadikan bekalan dan tekanan air seluruh kawasan Seberang Perai sudah kembali normal seperti biasa kecuali Mukim 5, daerah Seberang Perai Selatan.

Dalam pada itu, seluruh kawasan Timur Laut serta beberapa kawasan di Barat Daya iaitu Gelugor; Jalan Sultan Azlan Shah; Batu Uban; Jalan Sungai Dua; USM Sungai Dua; Taman Pekaka; Jalan Yeap Chor Ee, Bukit Gelugor dan Bukit Gambir turut pulih.

Beberapa kawasan di Balik Pulau membabitkan Sungai Pinang,Sungai Rusa, Air Putih, Titi Teras dan Jalan Baru juga bekalan dan tekanan air dilaporkan kembali normal.

Terdahulu, kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah menyebabkan kadar kekeruhan air mentah yang tinggi di terusan Sungai Dua menyebabkan LRA Sungai Dua, terpaksa dihentikan tugas selama empat jam.

Susulan itu, PBAPP segera mengurangkan pengabstarakan air mentah dari Sungai Muda dan melepaskan air mentah yang disimpan di Empangan Mengkuang untuk mengurangkan kekeruhan di terusan Sungai Dua.

Pada masa sama, PBAPP akan terus memantau kekeruhan air yang diabstrak dari Sungai Muda secara berterusan selama 24 jam.






Disiarkan pada: Julai 8, 2022 @ 10:38am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077806 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list