CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1742|Reply: 15

Sebulan Masuk Hospital Sebab Jangkitan Paru-Paru, Sheera Iskandar Fobia Nak Bawa Anak Keluar Atau Jumpa Orang

[Copy link]
Post time 7-7-2022 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Hati ibu mana yang tak luluh apabila melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan terpaksa dimasukkan ke hospital, dipasangkan tiub untuk bantuan oksigen dan dimasukkan ubat-ubatan.


Itu yang terpaksa dihadapi oleh pelakon Sheera Iskandar apabila bayi sulungnya yang dilahirkan pada 22 Mei lalu terpaksa dimasukkan ke hospital hampir sebulan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Foto: IG




Sheera atau Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memberitahu bayi perempuannya yang diberi nama Puteri Long Harrisaa mula mendapatkan rawatan di Hospital Kajang sejak 9 Jun lalu.


"Selepas bersalin seperti biasa akan ada check-up untuk bayi dan ibu, dari situ dapat tahu bayi kami demam panas dan terpaksa dimasukkan ke hsopital.




  



"Memang terseksa rasanya berjauhan dengan anak sendiri selepas bersalin. Apa lagi keadaannya di hospital ketika menerima rawatan.


"Disebabkan masih bayi, pihak hospital perlu masukkan tiub untuk bantuan oksigen dan ubat. Tak dapat saya bayangkan bagaimana bayi yang baru lahir menerima rawatan sebegitu," katanya kepada mStar.




  



Tidak hanya itu, Sheera juga perlu memikirkan dirinya sendiri memandangkan kesihatan dan emosinya selepas bersalin masih belum stabil.


Apabila lebih membuatkan Sheera bersedih, disebabkan masih dalam tempoh berpantang, dia terpaksa membataskan pergerakannya dan hanya dapat melihat foto anak kesayangannya itu di hospital.




  



"Saya pun tak boleh selalu keluar rumah sepanjang anak berada di hospital kerana masih berpantang, jadi hanya boleh melihat gambar sahaja. Saya sentiasa berfikiran positif dan kuatkan semangat. Dalam fikiran saya perlu sihat untuk menjaga anak," ujarnya.


Sheera yang merupakan anak kepada pelakon Aznah Hamid mendirikan rumah tanggan dengan Mohd Halim Abdul Ghani pada 3 Mei 2021.


Sementara itu, Sheera berkata, dia bersyukur kerana bayinya sudah pun dibenarkan pulang ke rumah sejak 1 Julai lalu namun mengakui masih berasa fobia untuk membawanya anaknya itu keluar selain belum bersedia membenarkan berjumpa dengan ramai orang.


  



"Selepas bersalin pun saya tidak berjumpa ramai orang. Jadi tidak tahu bagaimana anak boleh terkena jangkitan paru-paru.


"Syukur anak kami semakin sihat dan sekarang hanya lakukan pemantauan di rumah sahaja. Rasa fobia nak bawa anak keluar itu masih ada," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 03:33 PM | Show all posts
Cantik sungguh si Sheera ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Detect baby demam panas time checkup? Sblm checkup xrasa bdn die panas ke? Plus, die save no laki die as ‘suami sheera’ ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:20 PM | Show all posts
klu anak tak sihat mmg frust rasa nak bawak jenjalan
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:25 PM | Show all posts
kesian nya baby kecik masuk hospital. kalau iols pun fobia nak bawak keluar. baby kecik lagi kot. semoga cepat sembuh baby.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu2 aku pnh tgk.gamba Sheera ni ms kecik2
Ms tu dia ikut Mak dia shooting
Ada la yg ambik gamba dia
Lawa betul dia ni ms kecik2 dulu tu
Kalah anak2 artis zaman ni
Cuma ms tu takde sosial media
Takde org tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. sedih tgk baby lagi dah kena go through mcm2 procedure rawatan. semoga lepas ni dikurniakan kesihatan yg berpanjangan untuk ibu & baby.

btw ni the same sheera iskandar anak aznah hamid tu kan? tgk gambar atas tu tak cam, macam lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 05:17 PM | Show all posts
bila anak masuk spital...mmg sedih lain mcm...dan bertambah2 emosi bila tgk keliling baby semua pun tak sihat....

mcm lemah longlai takder semangat...tapi nak kuar cepat2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia dok kat special care nursery hospital.kajang tu mmg selesa samgat.
Iols.pernah masuk situ sebab baby no 2 iols lepas kuar hospital kl tiber2 dwmam.
Pergi spital kajang..kena tahan sebab sepsis..
2.minggu juga la dok situ..best je..hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-7-2022 05:56 PM
Kalau dia dok kat special care nursery hospital.kajang tu mmg selesa samgat.
Iols.pernah masuk situ  ...

NICU tu ke? Iols penah jaga anak gak kat situ, demam juga masa baru lahir. Hari ke 5 suhu dia tinggi dan kerap nangis so masuk balik la hospital.
Doktor kata dia tak cukup susu sbb air kencing sikit warna pink dan berpasir.
Tak silap hospital baru utk ibu beranak dan baby tgh dlm pembinaan tak jauh gak dr situ. Iols mcm nampak bangunan dah siap, besar n tinggi juga.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok lah. Filter ploles ni mmg bagus utk sheera.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 7-7-2022 06:08 PM
NICU tu ke? Iols penah jaga anak gak kat situ, demam juga masa baru lahir. Hari ke 5 suhu dia ting ...

Haah
Kebetulan masa iols.masuk tu...baru habis renovate..jadi amat selesa
Cuma ekon je tak elok..pastu baby2 dalam.tu semua suhu panas 39 above...
Sister masuk tengok apa sebab..terus masa tu jugak ekon direpair...
Lepas tu semua baby suhu tak tinggi sangat..hahahah

Alhamdulillah kalau ada hospital.baru..swbab iols tengok wad bersalin dia tahap tahun 80an dolu je...sebab nak renovate pung susah...patients ramai sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
whimsicalmusic replied at 7-7-2022 03:50 PM
Detect baby demam panas time checkup? Sblm checkup xrasa bdn die panas ke? Plus, die save no laki di ...

1st baby ni maybe tak alert lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu lepas bersalin anak no3 aku baru balik sepital 2 hari..dok susukan dia rasa badan dia suam2..bawak g sepital balik..mmg suhu dia 38 camtu..terus admit nicu..masuk antibiotik..elok je masa kat wad..dah cukup 5 hari nak keluar dah tiber2 mcm suam balik badannya ..nasib baik nurse tu extra bijak, dia test suhu badan aku sekali..rupanya aku yg demam..lepas asingkan baby dari aku for few hours..mmg betul aku la yg demam..baby dah ok pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 8-7-2022 08:17 AM
Haah
Kebetulan masa iols.masuk tu...baru habis renovate..jadi amat selesa
Cuma ekon je tak elok..p ...

Setahu iols umur hospital kajang lebih drpd 100 tahun huhu tapi mmg terasa seperti tahun 80an mcm zaman kita kecik2 ikut mak g klinik desa tu. Nak plak wad bersalin dia tak bertingkat kan kan semua bawah je.
Tapi kagum ngn staff kat sana rileks je keje walau sepital  lama dan selalu ramai org lagipun dorang jarang tolak pesakit.
Iols mmg bersalin kat situ walaupun bukan pilih hospital ni tp situasi yg tak dijangka buatkan iols nak tanak kena beranak situ terutama bila ambulans pun hantar kat situ huhu sbb jarak pun dekat ngn umah tak sampai 5km.Walaupun hospital lama tp ramai plak yg puji suka beranak kat hospital tu sbb penah ada yg wat survey kat group Bangi dulu semua rekemenkan hospital kajang berbanding Serdang.
Haah hospital baru tu kat tapak lama rumah bekas kakitangan hospital. Ni zaman najib punya projek start 2017 kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 8-7-2022 09:05 AM
Setahu iols umur hospital kajang lebih drpd 100 tahun huhu tapi mmg terasa seperti tahun 80an mcm  ...

Yezza spital.kajang jarang sgt tolak pesakit
Masa anak pertama.iols.nak bersalin di serdang..kena.tolak ke.hospital.lain..pilihan nya ialah HTAR, HKL, kajang atau banting.
Iols pilih HKL masa tu sebab ambulans.tolong htrkan..
Sadis sungguh masa tu iols ditolak..hahahaa...

Anak no 2 bersalin di hkl juga..tp mcm yang iols.cite tu.lah...terpaksa juga admitted di kajang sebab anak kena sepsis...terbayang wad kajang yang old skool...rupanya cantiks..alhamdulillah

Doc n nurse dia relaks.je sebab dah biasa ramai2.pesakit kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.077983 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list