CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 12

Aeril Zafrel Tak Serik Bayar RM10 Ribu Sekali Makan, Nak Datang Lagi Restoran Salt Bae

[Copy link]
Post time 7-7-2022 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, Aeril Zafrel menjadi perhatian warganet apabila memuat naik hantaran di Instagram memaparkan harga makanan lebih RM10,000 ketika menikmati hidangan di Nusr-Et Steakhouse London milik cef terkemuka dunia, Nusret Gökçe atau lebih dikenali sebagai Salt Bae ketika bercuti di London, United Kingdom.


Ramai menganggap pelakon dan usahawan itu bersikap riyak selain ada pula menyifatkan amaun yang dibayar itu sebagai pembaziran apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.


Foto: IG




Menjelaskan mengenai perkara itu, Aeril atau Suhairil Sunari, 34, berkata, caj yang dikenakan mengikut nilai mata wang Pound Sterling sebenarnya berpatutan namun ia menjadi mahal apabila nilainya ditukar kepada Ringgit Malaysia.


"Sebenarnya harga yang dikenakan biasa sahaja, tetapi apabila kita tukar kepada Ringgit Malaysia yang rendah, maka nilainya menjadi mahal. Pada saya stik yang dihidangkan memang terbaik dan saya belum pernah menikmati hidang seenak itu.


"Bayaran makanan menjadi lebih mahal disebabkan terdapat banyak caj tersembunyi... Sebagai contoh bayaran untuk cef Salt Bae memotong daging dan aksinya menaburkan garam mempunyai kadar bayaran lain. Itu sahaja sudah bernilai RM1,000," katanya kepada mStar.




  



Aeril mengulas kunjungannya ke restoran milik cef terkenal dunia itu ketika bercuti bersama isteri, Wawa Zainal dan beberapa kenalan mereka di London, baru-baru ini ketika ditemui pada majlis tayangan filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! yang diadakan pada Rabu.


Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu dia dikatakan riak, Aeril menyangkal dakwaan itu sebaliknya tujuan dia berkongsi kunjungannya ke restoran itu di media sosial adalah kerana ia detik manis dalam hidupnya.


  



"Apabila kita bercuti ke luar negara, tentu kita akan memuat naik gambar kerana ingin berkongsi di samping ia menjadi kenangan. Memang kita boleh simpan di dalam telefon pintar, tetapi jika alat itu hilang, jadi kita masih boleh tengok di Instagram," jelasnya yang tidak menolak akan kembali ke restoran cef terkenal itu di negara lain seperti Turkiye.


Sementara itu, Aeril turut mendedahkan kos percutiannya ke Switzerland juga menelan belanja RM40,000 untuk membayar tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan sebagainya.


  



"Belanja agak mewah bukan sebab beli barang tetapi kerana segala perancangan dibuat saat akhir untuk membayar kos tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan sebagainya.


"Kami sendiri pun terkejut kerana perjalanan dari lapangan terbang ke tempat tinggal yang mengambil masa dua jam mencecah RM5,000. Bayaran untuk makan tengah hari sahaja untuk enam ke tujuh orang pun sudah RM1,000. Itu hanya untuk sekali makan," jelasnya.


Aeril memberitahu dia merasakan tidak salah untuk mengeluarkan belanja besar untuk bercuti bersama isteri memandangkan dia sudah menyimpan wang berkenaan sejak pandemik melanda dunia.


  



Memandangkan dia sudah lama tidak membawa isteri bercuti ke luar negara, jadi dia mengambil kesempatan ini untuk menggembirakan insan tersayang dengan percutian ke Eropah.


"Kos bayaran itu pun sebenarnya bukan saya tanggung seorang diri sebaliknya turut dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Mungkin perkara itu menjadi perhatian kerana saya seorang selebriti.


"Sebenarnya kalau berkira sangat masa pergi bercuti, lebih baik duduk di rumah sahaja. lagipun saya bukannya pergi ke sana setiap bulan. Tetapi percutian ini turut mengajar saya untuk buat perancangan lebih rapi sebelum berangkat.




  



"Selepas ini sekiranya ada sesiapa yang ingin berkunjung ke Switzerland, boleh membawa bekalan makanan segera untuk lebih jimat," katanya.


Beralih kepada soal kerjaya, Aeril mengharapkan sokongan penonton terhadap filem terbaharu lakonannya Musyrik-Api Neraka Menantimu yang akan mula ditayangkan pada 7 Julai 2022.


Selain Aeril, filem arahan Arjit Uppal terbitan White Merpati Entertainment itu turut dibintangi oleh Aisha Ilias, Ruhainies, Ashraf Muslim dan Neera Azizi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 12:49 PM | Show all posts
nak OT jap..
await Wawa dress up gitu? macam too much..takde edgy vibe pon..
more like tacky gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:38 PM | Show all posts
Masa senang RM10k rasa murah.. hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:33 PM | Show all posts
selalunya org kata kalau  jenis yg xkisah berhabis tu slealunya bukan dari duit haisl titik peluh sendiri tetapi lebih kepada duit percuma


xnampak kaya

nampak bodo lagi adalahhh

org kaya xcerita makan 10 ribu

org kaya xcerita apa sangat pun

org kaya sebenar sentiasa hilang dari radar mcm syed bukhari tu tp kalau kayap  sebiji mcm syed pung pang pung pang

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:34 PM | Show all posts
orang kaya xde apa perlu di buktikan kerana kekayaan mereka telah pun terbukti !!!!!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 07:11 PM | Show all posts
Berapa tahun dia nak ulang kisah perabeh 10k kat resto salt bae tu? Puh-lease lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jakun..tu je nak ckp
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lepas ni nak meratap brim, i-sinar dan sumbangan masyarakat pulak ye utk tampung kehidupan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah..sudah sudahla flex suhairil sunari oi...malu lah ponder ponder semua 10 k punya pasal sebulan keluar paper
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh2 la tu nk canang diri kaya sgt org yg sebnrya kaya tk act mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 10:18 PM | Show all posts
ketagih peluh siku salt bae
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku je ke menyampah ngn kapel nie hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah tgk dorg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049444 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list