CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

[Kedah] Arwah isteri pilih nama Muhammad Aidan untuk bayi

[Copy link]
Post time 6-7-2022 05:32 PM | Show all posts |Read mode

Khairul Asyraf mendukung janin bayinya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Bemban Dalam, di sini kira-kira jam 5.30 pagi tadi. - NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN

BALING: Wanita hamil empat bulan yang maut bersama dua yang lain dalam tragedi kepala air di Kampung Iboi, di sini, kelmarin sudah memilih nama Muhammad Aidan untuk bayi lelaki yang dikandungnya itu.

Suami mangsa, Khairul Asyraf Nor Azman, 24, berkata nama yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas itu pernah disebut arwah isterinya, Nurul Anis Abu Hassan, 23, namun ternyata Allah lebih menyayangi mereka berdua.

Katanya, arwah isterinya itu sangat teruja dengan kandungan pertama berkenaan dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka.

"Sebelum ini ada buat imbasan, namun tidak diketahui jantinanya, namun hari ni saya sempat tatap wajah anak itu yang memang seiras saya.


"Isteri seorang yang baik dan patuh. Dia tidak bekerja dan meminta kebenaran untuk menjaga ibu saya, Salmah Mat Akib, 53, yang terlantar kerana lumpuh memandangkan saya bekerja di Pulau Pinang," katanya ketika ditemui selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Istiqamah di Kampung Charuk Bemban Dalam di sini pada awal pagi ini.

Selain Nurul Anis, dua lagi turut terkorban dalam kejadian banjir dan kepala air di Lata Celak, Kampung Iboi petang kelmarin adalah ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, dan adik ipar, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14.

Mayat Nurul Anis dan ibu mentuanya yang lumpuh itu ditemukan dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter dari tapak rumah mereka yang dihanyutkan itu jam 9.30 pagi semalam, sebelum mayat Khairul Ikhwan ditemukan jam 11.55 pagi.

Sementara itu, bapa Khairul Asyraf, Abdul Rahman Said, 71, berkata, isterinya yang lumpuh sempat menunjukkan kaki kanannya yang semakin baik dan sudah boleh digerakkan.

"Sebelum ini disebabkan lumpuh kira-kira lebih setahun lalu, kaki sebelah kanan memang langsung tidak boleh digerakkan.

"Tetapi tengah hari pada hari kejadian, sebelum saya keluar dia panggil saya dan tunjuk kaki dia sudah boleh angkat semula," katanya mengakui ia kenangan paling manis ditinggalkan arwah isteri sebelum pergi buat selama-lamanya.

Menceritakan kembali tragedi itu, Abdul Rahman berkata, dia keluar sekejap untuk berjumpa rakannya dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, mendapat panggilan daripada menantunya mengatakan air banjir mula naik.

Abdul Rahman berkata, ketika itu jalan raya agak sesak dan banyak kenderaan, menyebabkannya lambat untuk tiba ke rumah.

"Kalau saya sampai awal, mungkin saya juga dihanyutkan sekali. Waktu saya sampai di jambatan, saya lihat kayu balak sudah penuh atas jambatan dan air juga sudah banyak, manakala rumah saya sudah hilang.

"Saya dimaklumkan ada saudara yang ingin membantu memindahkan isteri, namun ditolak kerana arwah menyangka air tidak akan masuk ke dalam rumah," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ad-aidan-untuk-bayi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061450 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list