Penyanyi dan komposer terkenal, M Nasir mengakui ada kepincangan pada lagu Tiara yang diolah dan dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar.
Bagaimanapun, M Nasir selaku pencipta sepenuhnya lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Kris itu menganggap isu tersebut tidak perlu diperbesarkan.
"Cover version sudah biasa terjadi dalam industri jadi tiada masalah. Penyanyi di Malaysia pun buat begitu. Sama ada hendak marah atau tidak, ia pendapat peribadi masing-masing," katanya kepada Harian Metro.
Rata-rata, ada segelintir warga maya yang tidak suka versi Tiara yang dinyanyikan Raffa kerana merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.
M Nasir yang juga digelar Sifu mengakui bahawa ia adalah fenomena yang sukar dikawal.
"Rosak? Adalah sedikit. Tetapi, ia tetap akan berlaku dan kita tidak dapat mengawal perkara itu.
"Kalau hendak buat sesuatu boleh tetapi saya ingat dalam keadaan sekarang kita tak payah besarkan isu kerana mereka kawan kita juga.
"Trend sekarang ini zaman media sosial, halwa telinga pun lain," katanya. - CARI
|