CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 508|Reply: 1

[Perlis] Pesara rugi RM26,000 diperdaya pegawai bank

[Copy link]
Post time 6-7-2022 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Cemas dengan panggilan daripada seorang 'pegawai bank' yang mendakwa terdapat penggunaan kad kredit secara tidak sah, pesara jurubahasa mahkamah berputih mata selepas kerugian RM26,000 apabila terpedaya sindiket Macau Scam dalam kejadian dilaporkan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, mangsa yang juga seorang wanita berusia 60 tahun mendakwa menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan berlaku transaksi penggunaan wang menerusi kad kredit bank milik mangsa ke sistem e-wallet pembelian dalam talian.

"Dalam pesanan SMS itu juga, terdapat nombor talian 03-2714 6103 yang harus dihubungi mangsa untuk bercakap dengan individu yang menyamar sebagai 'pegawai bank'. Tanpa berfikir panjang, mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan untuk menafikan memiliki kad kredit bank seperti didakwa.


"Mangsa kemudian diminta menyerahkan nama log masuk atau ID dan kata laluan perbankan dalam talian kepada 'pegawai bank' itu untuk semakan.

"Bagi meyakinkan mangsa, suspek menyatakan bahawa akaun bank mangsa didakwa sedang digodam individu tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, mangsa yang percaya dengan dakwaan suspek menyerahkan maklumat perbankan miliknya sebelum berlaku pindahan wang tanpa disedarinya.

"Mangsa menyedari ditipu selepas wang sebanyak RM26,000 miliknya dipindah keluar dari akaun. Dia membuat laporan polis di Balai Polis Kangar jam 12 tengah hari dan satu kertas siasatan kini dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erdaya-pegawai-bank

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 07:50 PM | Show all posts
pesara jurubahasa mahkamah berputih mata selepas kerugian RM26,000 apabila terpedaya sindiket Macau Scam dalam kejadian dilaporkan, di sini, semalam.


Allahu. penah keje kt mahkamah. takkan tak penah tau pasal scammer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.084623 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list