Sumber IG
Pengalaman pahit berdepan dengan keruntuhan rumah tangga sebelum ini tidak menjadi sebab kepada penyanyi, Shila Amzah untuk terus menutup pintu hatinya dalam mengecap bahagia.
Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Hamzah, 32, bagaimanapun menjadikan episod hitam itu sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati memilih pasangan baharu.
Katanya, dia kegagalan mahligai yang dibina sebelum ini membuatkan dia menginginkan seorang lelaki yang mempunyai matlamat hidup.
"Saya sangat terbuka untuk menerima jodoh baharu dan tidak pernah menutup pintu hati. Kalau ia datang pada waktu, keadaan dan perasaan yang tepat, ia akan terjadi tetapi saya tidak boleh tentukan bila dan siapa orangnya.
"Saya mahu mencari seseorang yang lebih bekerja keras dan tidak hanya ada bakat. Kalau anak orang kaya sekali pun tetapi mengharapkan ihsan ibu bapa, saya tidak mahu. Biarlah dia seorang lelaki yang rajin.
"Saya tidak mahu orang yang tiada matlamat dalam hidupnya. Jika dia tidak boleh bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bagaimana dia mahu menjaga orang lain. Saya cakap bukan sahaja dari pengalaman perkahwinan lepas tetapi hubungan sebelum ini juga," katanya yang semakin terbuka untuk menerima apa jua bentuk pertanyaan diajukan. -CARI
|