CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1148|Reply: 15

Banyak 'Job' Dengan TV3, Ain Edruce Anak Emas Ke?

[Copy link]
Post time 5-7-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Sumber IG


Selepas Ain Edruce tampil berganding dengan Izzue Islam mengendalikan program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) bagi musim kelima, pengacara itu sekali lagi diberikan kepercayaan bagi mengemudi program Melodi.



Tawaran untuk mengacarakan dua program besar itu menyebabkan timbulnya desas-desus yang mengatakan Ain adalah anak emas atau artis kegemaran stesen televisyen TV 3.



Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Nurulain Edruce itu bagaimanapun menganggap peluang itu adalah rezeki selepas melahirkan anak pertamanya pada tahun lalu sekali gus menafikan khabar angin tersebut.



  



"Mana ada saya ni anak emas. Sebenarnya, ada banyak lagi pengacara yang berpotensi di luar sana. Mungkin ini dinamakan rezeki saya yang banyak dengan TV 3.



"Alhamdulillah, selepas bersalin rezeki saya memang lain macam. Itulah katanya rezeki suami dan anak," kata Ain kepada mStar.



Dalam pada itu, mengulas pengalaman pertamanya mengendalikan Melodi, kata wanita berusia 31 tahun itu, dia gementar mengendalikan program itu secara langsung kerana bimbang tidak dapat menyempurnakan tugasnya dengan baik.



  



"Gembira dan syukur kerana selama ini saya memang meletakkan impian untuk menjadi pengacara Melodi. Sejujurnya, rasa gementar itu memang ada kerana saya tidak tahu boleh melakukannya atau tidak.



  
  




"Setiap pengacaa itu mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan rancangan. Cara pengacaraan saya juga mungkin berbeza dengan pengacara sebelum ini," katanya. -CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 dulu suka juga aku tgk dia kat 5 letop tu.. Tapi lama2 dah rasa annoying pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni cantik... tp hosting mcm tak kena dgn dia .  Ntah, rasa tak teruja nak tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Badan slim je lepas beranak muka cantik tapi kalau hosting hauk, rating merudum jugak..apa2 pun semuga sukses
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 08:58 AM | Show all posts
debab_78 replied at 6-7-2022 07:37 AM
Dia ni cantik... tp hosting mcm tak kena dgn dia .  Ntah, rasa tak teruja nak tgk.

Sama la.. Dah lama berhenti tgk Melodi sebab out-of-date.. Baca dari Internet lagi laju dan cepat..

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:17 AM | Show all posts
melodi dah tak relevan...lagi cepat kalau kau g follow retis2 kat ig...real time update
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2022 10:13 AM | Show all posts
bosan lahaiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 10:49 AM | Show all posts
Seriously klu tak kerana character dan kecantikan dia.. dia ni mengacara biasa bukan tak sedap tapi biasa... Aura tak berapa kuat macam Kok Ogy dulu mengacara Melodi even KE pun ok mengacara Melodi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2022 10:52 AM | Show all posts
dia je murah kot n tak demand nyampah gak tgk muka sama je
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 11:22 AM | Show all posts
kat memana ada je muka dia
kat program astro yg ada paknil tu pon dia ada sekali
bingit la dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bingit pompuan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:14 PM | Show all posts
tak suka la dia ni..bingit, annoying
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 12:58 PM | Show all posts
kucingitam replied at 6-7-2022 12:14 PM
tak suka la dia ni..bingit, annoying

tu arr

sape tah tongong kt tv3 ske amik dia ni

main kroni arr gak ni

tv3 kan darul kroni

nk bingit muka lawa sedap gak mata memandang

ini keding mcm tulang kepsi bejalan je den tengok


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau berlakon blh tahan menjadi jugak watak yg dia bawak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiii semua komen mengutuk ain bg aku ain ni best je...aku suka je kat dia...cuma mmg takde sapa pengacara blh lawan kak ogy...teringat masa kecik2 tgk melodi....tergelak² tgk cara ogy...ogy mmg berbakat...sampai skrg takde pengganti ogy lg
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki dia tu
Bukan anak emas tv3 pun
Kat astro pun ada jer muka si ain ni..
Jihan muse paling banyak job kat tv3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.354719 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list