CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Kedah] 'Dua kali digulung arus kuat macam ombak'

[Copy link]
Post time 5-7-2022 02:33 PM | Show all posts |Read mode

Kesan kejadian banjir lumpur dan kepala air di Kampung Iboi di sini. FOTO DANIAL SAAD

Baling: "Dua kali saya digulung arus deras macam ombak," kata Norazlina Mohd Khairi, 30.

Norazlina berkata, ketika itu dia sangkakan ajalnya sudah tiba namun bersyukur kerana diselamatkan penduduk kampung selepas berpaut selama dua jam setengah pada sebatang pokok pisang.

Bercerita lanjut, dia yang terdengar arus deras dari sungai berhampiran rumahnya segera menyelamatkan dua anaknya, Nur Ain Mohd Zaidi, 7, dan Afif Azran, 2, ke rumah berhampiran.


Katanya, ketika itu dia dan suaminya, Mohd Zaidi Saad, 39, cuba menyelamatkan empat motosikal dan kereta Perodua Kancil milik mereka namun gagal.

"Arus kepala air itu terlalu deras dan saya sempat berpegangan tangan dengan suami namun terlepas dari genggaman menyebabkan saya dihanyut dalam gulungan air.

"Saya terperangkap pada pokok buluh sebelum dihanyutkan ke celahan pokok pisang. Saya hanya berdoa semoga diselamatkan," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, di sini, hari ini.

Norazlina berkata, suaminya berjaya diselamatkan penduduk kampung dan dihantar ke Hospital Baling.

Katanya, sehingga kini dia masih trauma dengan kejadian itu dan berharap ia tidak akan berlaku sekali lagi.

"Suami saya juga trauma kerana dia cuba nak selamatkan saya dengan berenang menghampiri saya tetapi gagal apabila dihanyutkan arus deras.

"Puas saya menjerit, berdoa dan beristighfar ketika itu supaya selamat dari kejadian itu namun bersyukur kerana masih bernyawa," katanya.

Norazlina berkata, kejadian itu paling buruk dialaminya walaupun banjir kilat kerap berlaku di kawasan itu sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... us-kuat-macam-ombak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.322140 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list