Sumber Media Hiburan
Pendakwah bebas yang juga selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 27, mendedahkan bahawa dia mula memikirkan pendidikan khususnya membabitkan pendidikan agama Islam ketika isterinya, Neelofa hamil.
Oleh itu, dia kemudian memperkenalkan pra-sekolah, Islah Junior yang memberikan fokus kepada pemahaman agama Islam sedari kecil selain pembelajaran lain.
Memetik laporan Media Hiburan, PU Riz yang juga pengasas bersama Mohd Fakhruddin Mohd Ariff, silibus sekolah tersebut dapat membantu kanak-kanak mendapat pendidikan yang seimbang antara dunia dan akhirat.
"Apabila isteri hamil, saya mula fikir anak kena utamakan pendidikan. Selepas ada anak, saya berfikir lebih lagi terutama membabitkan pendidikan agama Islam untuk masa depannya.
"Ini satu lagi cabang perniagaan yang saya terokai. Kalau ditanya kenapa saya terbabit., ia adalah untuk anak bangsa. Kalau tak fokus dari usia awal kanak-kanak, nanti banyak mereka terlepas contohnya bab agama.
"Saya nak melihat anak-anak kita membesar dengan ilmu dunia dan akhirat yang seimbang. Kalau boleh, nak mereka ada pemahaman agama sedari kecil," katanya.
Pra-sekolah berkenaan baharu saja dirasmikan pada 1 Julai lalu dan kini mempunyai empat cawangan di Shah Alam, Klang, Putrajaya dan Cyberjaya. -CARI
|