Semalam, tular video memaparkan Syamsul Yusof bersama pelakon, Kazar Saisi berada di sebuah kedai menjual barang kemas mencuri perhatian netizen yang mendakwa tindakan pengarah filem Mat Kilau itu sama sekali tidak menjaga perasaan isterinya, Puteri Sarah Liyana.
Susulan penularan rakaman berkenaan, peguam kepada aktres terbabit, Datuk Akberdin Abdul Kader bakal meneliti video tersebut sekiranya ia didapati melanggar perinta interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira Kazar serta pihak berkaitan, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.
"Saya baru difahamkan mengenai klip video itu tapi pihak kami akan menelitinya terlebih dahulu. Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu study dulu sama ada dia (Ira Kazar) melanggari perintah interim injuksi ini.
"Selepas itu barulah kita akan membuat rumusan jika perkara ini mempunyai kaitan dengan penghinaan sebab interim injuksi ini bukan setakat kepada Ira seorang sahaja tetapi ejen-ejen serta pihak yang mempunyai kaitan dan jelas bapa dia mempunyai kaitan dengannya.
Peguam, Datuk Abkerdin Abdul Kader
"Kalau kita rasa ada pelanggaran perintah mahkamah dan barulah pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.
Dalam masa sama, mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi yang antaranya defendan serta pihak berkaitan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh. -CARI
|