CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2101|Reply: 20

Kelar Isteri Dan Bayi: Suspek Belanja Orang Makan Satu Kedai Hari Sebelumnya, Tak Ada Tanda Pelik

[Copy link]
Post time 5-7-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Jiran kepada mangsa kejadian bunuh melibatkan seorang ibu dan bayi lelakinya yang berusia dua bulan trauma kerana melihat mangsa diheret suspek dalam keadaan berlumuran darah.


Mohd. Noor Haikal Ahmad Zaini, 14, memberitahu, ketika kejadian itu berlaku, dia sedang menunggu abangnya berhampiran lokasi kejadian untuk pergi ke sekolah.


Katanya, ketika sedang menunggu, dia ternampak suspek sedang mengheret wanita keluar daripada rumah kediaman mereka.


Foto: Kosmo




“Mula-mula, saya terdengar suara jeritan seorang lelaki daripada rumah tersebut, dua kali dia menjerit namun saya tidak dengar apa yang dijeritkan itu.


“Tidak lama kemudian, saya nampak suspek mengheret mangsa yang kelihatan sudah tidak bergerak, tetapi saya tidak tahu sama ada dia masih bernyawa atau tidak ketika itu.


“Kemudian suspek masuk kembali ke dalam rumah dan keluar bersama bayi pula yang sedang menangis teresak-esak ketika itu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.


Tambah Mohd. Noor Haikal lagi, dia bagaimanapun tidak melihat suspek membunuh bayi tersebut kerana abangnya terus menggerakkan motosikal meninggalkan tempat kejadian kerana takut apa-apa berlaku.


Dalam pada itu, Ahmad Zaini Ismail, 39, pula memberitahu, dia mendengar suspek menjerit ‘kau apa hal’ dipercayai kepada mangsa wanita sebelum mengetahui kejadian yang berlaku melibatkan jirannya itu.


“Semalam, saya baharu sahaja membaiki kereta milik suspek, sebelum turut meluangkan masa berbual dengan suspek pada petang hari.


“Suspek juga kelihatan mendukung bayi lelaki yang baharu lahir seperti individu normal lain, tidak nampak sebarang tanda atau perkara yang pelik-pelik pula,” katanya yang bekerja sebagai seorang mekanik.


Sementara itu, seorang lagi jiran mereka, Rosmawati Ramli, 36, pula memberitahu, suspek berkelakuan sedikit pelik dengan membelanja pelanggan yang bersarapan di gerai makan miliknya, awal pagi semalam.


“Suspek memang kerap bersarapan di gerai ini, namun dia tidak pernah belanja sesiapa, cuma semalam ketika hendak membayar makanannya dia beritahu kepada saya untuk kira semuanya.


“Jadi semalam pertama kali dia berbuat demikian dengan membelanjakan lebih RM20 untuk membayarkan makanan pelanggan lain,” katanya yang mengusahakan gerai makanan di depan rumahnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ke acik kedai wartawan interview
Bagus
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
x fhm knp dia naked...yg kes hempas anak kat tgh jln aritu pun naked jugak sbb wife dia x nak tuttt kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:29 AM | Show all posts
Dah lama pendam agaknya. kte tak tahu kisah di sebalik hubungan diorang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Hisap dadah ke? Mcm ade bnda titibe trigger die berkelakuan mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 12:27 PM | Show all posts
Allah.. apa la yg berlaku dlm rumah tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang nampak trauma distress sangat air muka budak yang jadi saksi tu.

Akak tatau apa nak buat jika berada di tempat kejadian. Mungkin akak pun lari kerana 1) takut kena kelar. 2) takut nampak baby kena kelar
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian jgk adik ni.. Semoga dia ok. Yelah, dia ternampak wife tu diheret. Mesti trauma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Persoalannya, masa dia heret tu, dia berbogel tak sis? Kohkohkohkohkoh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rakaman cctv tak sis? Landakjubo nak tengok katanya sis.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:00 PM | Show all posts
haa iyelahhh
sume nya lah baik aje
cuba berita ni tukar bangsa pelaku
bangla ke indon ke
tengok apa komen sekor2 nnt
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 5-7-2022 10:52 AM
x fhm knp dia naked...yg kes hempas anak kat tgh jln aritu pun naked jugak sbb wife dia x nak tuttt  ...

Maybe time kelar tu tak naked, lepas membunuh baju penuh darah dia naked pastu naik moto pi amik angin
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:24 PM | Show all posts
Baikki keta? Kena brp tu. Ada kete tersadai kat bengkel coz owner tak dpt bayo. Katanya nk buat kenduri lg kan. Mebi belanja org ramai tu sbb dh stress fedap gibab. Buang semua duit , family , baju? seb baik  adik   tk nmpk kejadian baby dikelar. Scary tul.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:27 PM | Show all posts
bangsa etis
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian tgk muka adik ni
Itupun ada forumer yg kecam kenapa tgk je xtlg
Kalau aku pun takut nak tlg wei
Org kepala tgh gila, apa pun dia boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
@rosedemon Dpan2 mmg smua org tnjuk bhgia, behind closed doors xde siapa pun yg thu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 02:51 PM | Show all posts
Kalau tak berani tolong.. tekan hon lama2 pastu pecut laju or jerit kuat2 bagi suspek tu tersedar..mesti dia terkejut dan lari.

Atas motor kan sempat je pecut lari kalu laki bugil tu kejar..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka adik nih mmg takyah cover ke ye? Dia kan saksi dah tu bawah umur plak.
Keterangan dia akan diguna pakai kat mahkamah nnt kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 06:02 PM | Show all posts
hmm..
boleh aku speku?

postpartum depression
atau, meroyan.. anak baru lahir..

meroyan tak semestinya ibu yang beranak je mengalami. suami / bapa pun boleh mengalaminya.
atau, kedua-duanya pasangan yang kena serentak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-7-2022 12:31 PM
Memang nampak trauma distress sangat air muka budak yang jadi saksi tu.

Akak tatau apa nak buat jik ...

Mcm kes yg grup repair menara telekom ke hape kt papua indon sana kene kelar..tp wilayah tu mmg wilayah geng2 papua yg mberontak.

Mlm dorg tgh tido geng2 papua bsenjata tu ambush khemah sume kene penggal idup2.tp heols sorg selamat sbb smpt lari naik ats bukit. Few days jgk dia ketakutan sorg2 kt situ smp la ada heli dtg slmtkn. Muka dia mmg muka trauma gila tgok pn sedih bila diselamatkn xtau apa cite heols skrg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Konsert Siti-Judika bak 'hadir muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'hadir mukta
Views : 4941 Replies : 26
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 45949 Replies : 90
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 32531 Replies : 638
Aku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling popular 2024
maklukpenggodaAku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling
Views : 8347 Replies : 2
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282418 Replies : 8326
Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata
AbahmungHarga sawit lebih RM1,000 satu tan, pene
Views : 54541 Replies : 11
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55256 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98590 Replies : 1015

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.051041 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list