View: 1072|Reply: 5
|
Rossa Sera Tak Nak Bermusuh Dengan Shuk Sahar, Tiada Masalah Penjagaan Anak
[Copy link]
|
|
Status rumah tangga pelawak Shuk Sahar dengan isterinya yang dikenali sebagai Rossa Sera kini sudah berada di penghujung.
Mengakui sudah berbincang antara satu sama lain, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkata mereka kini dalam proses mencari persetujuan bersama.
Dalam hal ini, Sera berharap agar masalah antara mereka dapat diselesaikan tanpa sebarang persengketaan kerana enggan bermusuhan dengan suaminya itu.
"Sejujurnya sudah ada perbincangan antara saya dan Shuk. Tapi kami masih lagi mencari titik persetujuan bersama... masih berusaha untuk berbincang sebaiknya.
"Tapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak berwajib bagi menguruskan segalanya. Sudah tentu saya berharap dapat selesaikan masalah ini dengan cara terbaik untuk kami berdua.
"Tak ada bersengketaan, tak nak bermusuhan. Tak ada lagi masalah-masalah di masa akan datang kelak," kata Sera kepada mStar.
Sera berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video memperlihatkan Shuk berada di sebuah mahkamah bersama peguam yang dimuat naik suaminya di platfrom TikTok pada Jumaat lalu.
Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.
Pada Selasa lalu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
"Apa yang saya harapkan selepas ini adalah saya dan Shuk tetap berusaha menjadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak.
"Sebab kami masih mempunyai peluang untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak kami. InsyaAllah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah," ujarnya.
Untuk rekod, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurus makan hati ke sera nie. Kesian plk.
Tp tula.
Kuat sgt marketing dua2 nie
Semoga dipermudahkan urusan demi anak2
Kesian ank2 broken home nie |
|
|
|
|
|
|
|
missyL: Kurus makan hati ke sera nie. ...
mkn hati blh kurus gini ke?
Kaka ingatkn heshe BS |
|
|
|
|
|
|
|
DIa ni takdelah gundu sgt dulu. Cuma muka bulat, lepas tu rendah. Naik berat 10kg pun dh nampak sgt boyak.
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnyaa.. ok la hope takde drama lagi dh pas ni |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 5-7-2022 02:42 PM
DIa ni takdelah gundu sgt dulu. Cuma muka bulat, lepas tu rendah. Naik berat 10kg pun dh nampak sg ...
Versi rendang xberbuah kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|