CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6505|Reply: 81

Tuah Lakon Watak Melur, 'Job' Anna Jobling Makin 'Lebat'

[Copy link]
Post time 4-7-2022 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Sumber IG


Mula menceburi bidang seni lakon pada 2020, laluan Anna Jobling untuk terus melebarkan sayap dalam arena itu semakin terbuka luas apabila dia berjaya mencuri tumpuan penggemar drama tempatan menerusi watak Melur dalam siri Melur Untuk Firdaus.



Namanya bukan hanya semakin menjadi sebutan dalam kalangan penyokong drama tanah air tetapi juga mulai meraih peminat dari Indonesia yang turut memuji gandingannya bersama Meerqeen.



  



Memetik laporan Berita Harian, aktres kacukan Melayu-Inggeris-Portugis yang berusia 22 tahun itu mengakui kini tawarannya semakin 'lebat' selepas drama tersebut mendapat sambutan hangat.



Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Anna Ellisa Jobling Abdul Rahman itu menyedari bahawa dia tidak boleh bersikap tamak dengan menerima semua tawaran tersebut. Sebaliknya, dia hanya boleh menjayakan satu watak utama untuk satu-satu masa.



  



"Memang banyak tawaran diterima, Malah, ketika masih menjayakan penggambaran Melur Untuk Fidaus pun saua ada dapat job.



"Sekarang, saya sedang melakonkan watak heroin untuk drama 20 episod berjudul Terima Kasih Cinta terbitan TV3 bersama Amar Baharin.



"Saya fokus dengan drama ini dahulu. Agak sukar untuk saya berlari ke sana sini apabila sedang melakonkan watak heroin.



"Sebelum ini watak sampingan. Jadi, tiada masalah untuk saya melakonkan empat hingga lima watak pada suatu masa," katanya.



  



Anna bersyukur kerana semakin banyak kepercayaan dan peluang yang diberikan. Dia gembira kerana kerja kerasnya selama ini akhirnya membawa dia setahap lebih tinggi.





  



Malahan, dia juga sama sekali tidak kisah andai selepas ini peminat memanggilnya sebagai Melur.


"Saya sangat bersyukur nama itu popular. Saya tidak kisah ramai panggil saya Melur. Ini secara tak langsung memberi makna bawa peminat suka watak saya sebagai Melur," katanya. -CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 01:41 PM | Show all posts
kalau ai tak tertido awal mmg ai tengok juga cite Melur tuh.. dia ni mmg berbakat berlakon lah.. lontaran dialog tak kayu, riak muka emosi semua tepat. tahniah lah job makin lebat.. well deserved. walaupun jalan cite Melur tu hampeh meleret2 tak berkesudahan, tapi ai suka tengok dia ni berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:05 PM | Show all posts
melor ada telor
melor akhirnya bertelor
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:14 PM | Show all posts
aku suka dia sbb lawa ..idung mancung terletak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa dia ni x lawa mana pun biasa je. Kalau amelia tu aku setuju dia mmg lawa
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoshhi replied at 4-7-2022 02:14 PM
Aku rasa dia ni x lawa mana pun biasa je. Kalau amelia tu aku setuju dia mmg lawa

Aku rase dia lagi lawa. Amelia muka keling tapi versi putih. Yet still i likeee both
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah kenapa i terbaca tajuk as 'tuah tak makan telur'... Mmg mendunia la telur skrg
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mendeluk replied at 4-7-2022 02:16 PM
Aku rase dia lagi lawa. Amelia muka keling tapi versi putih. Yet still i likeee both

Mata lain2 kanmasing2 ada citarasa sndiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 02:19 PM | Show all posts
komen sikit @tagas

dia ni dngn sopiah agrabah mana ko prefer??

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mendeluk at 4-7-2022 02:32 PM

Muka dia ini boleh pergi jauh. Tu pun kalau jaga attitude. @friedfishsoup nak tacaang


  


  


  


  


  


  


  


  


  


  


  


  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:40 PM | Show all posts
ada campuran india jgak ke dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 4-7-2022 02:40 PM
ada campuran india jgak ke dia ni

Melayu mix omputih
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:46 PM | Show all posts
silampumeja replied at 4-7-2022 02:40 PM
ada campuran india jgak ke dia ni

mix omputeh... tapi kalau tengok maknya mungkin bumiputeri originaliols suka jah heshe berlakon dengan jejan sorang lagi... janji herlokkk...
lantak la jalan cerita ke laut... dah tak lalu nak nengok hero muka kucing kurap tu dengan si arbok peti ais




Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mendeluk replied at 4-7-2022 02:27 PM
Muka dia ini boleh pergi jauh. Tu pun kalau jaga attitude. @friedfishsoup nak tacaang



Ada org ckp anna jobling ni ada dkt kelab mlm sama tmpt dgn haneesya hanee berparty lps mng dewi remaja. Yg rakam vid haneesya tu anna jobling ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:46 PM | Show all posts
drama melur ni membuktikan

pompuan2 tak kisah hadap suami perangai puaka janji rupa ensem mcm meerqeen,,, gichu
walau dilayan persis sampah

and the FIL is.. yerkk aku mcm nak penerajang aje
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mendeluk replied at 4-7-2022 02:27 PM
Muka dia ini boleh pergi jauh. Tu pun kalau jaga attitude. @friedfishsoup nak tacaang



Tuanya muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoshhi replied at 4-7-2022 02:46 PM
Ada org ckp anna jobling ni ada dkt kelab mlm sama tmpt dgn haneesya hanee berparty lps mng dewi r ...


Kes itu betul ke. Kalau yes, sian haneesya. Budak itu boleh shine kot dlm industri ini. Pasal Kes itu , terus dia flop terus. Anna pulak lonjak nama naik haiyak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
org belum check dark side dia lgi kut…
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 4-7-2022 02:40 PM
ada campuran india jgak ke dia ni


Muka dia mcm india/singh/gurkha sikit en. Aku rasa mix blood paling lawa,

Emma Maembong.

Kulit dia, muka dia, jarang anak kacukan dapat. Tapi tu ahh perangai rempit pulok
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb dia xkayu so ok je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055981 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list