CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Tempatan] Kumpulan B40 diutama terima daging korban

[Copy link]
Post time 4-7-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan B40 diutama terima daging korban

https://www.utusan.com.my/nasion ... rima-daging-korban/

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
4 Julai 2022, 12:41 pm


MOHD. Zawawi Ahmad Mughni (empat, kanan) bersama peserta Seminar Pemantapan Sembelihan Halal Qurban 1443 Hijrah Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM: Kumpulan B40 yang menjadi ahli kariah masjid dan surau di negeri ini akan menjadi keutamaan menerima agihan daging lembu korban pada tahun ini supaya lebih menepati matlamat ibadah itu.

Pengagihan tersebut adalah menerusi sumbangan lembu korban daripada kerajaan negeri kepada semua masjid dan surau terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, ini disebabkan di bandar-bandar kebanyakan masjid mampu membeli lembu korban mereka sendiri.

“Masjid di bandar kebanyakannya memiliki kemampuan kewangan melebihi RM100,000.Ada yang mampu membuat korban hingga 30 ekor lembu.

“Sehubungan dengan itu pihak kerajaan negeri akan mengutamakan kawasan luar bandar seperti Daerah Kuala Langat dan lain-lain untuk diagihkan lembu korban,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pemantapan Sembelihan Halal Qurban 1443 Hijrah Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Mohd.Zawawi berkata, tahun ini syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) akan menyumbang  425 ekor lembu kepada masjid dan surau terpilih.

“Pengagihan lembu korban untuk masjid, daripada keseluruhan 432 masjid kita pilih 332 masjid sahaja. Daripada 346  Surau Jumaat kita pilih 31 sahaja. Surau biasa daripada jumlah 1,765 surau kita pilih 62 sahaja,” jelasnya.

Mengulas mengenai program tersebut, beliau berkata, seminar tersebut bertujuan memberi panduan kepada pelaksana ibadah korban melakukan ibadah tersebut dengan ihsan iaitu tidak menyeksa lembu semasa proses menyembelih.

Beliau menambah, bagi mencapai objektif tersebut pihak Mufti Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan memberi panduan yang sewajarnya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.087475 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list