CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Perlis] Peniaga ayam di Perlis patuh harga siling

[Copy link]
Post time 2-7-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Arau: Peniaga ayam di Perlis mula menjual ayam segar pada harga RM9.40 sekilogram hari ini, dan pemeriksaan dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati semuanya berjalan lancar.

Tinjauan di sebuah pasar raya di daerah ini mendapati, bekalan ayam mentah yang sebelum ini dijual pada harga siling RM8.90 sekilogram mula dijual pada harga RM9.40 sekilogram, mematuhi harga siling diumumkan sebelum ini.

Selain itu, barang kawalan seperti minyak masak paket satu kilogram bersubsidi turut dijual pada harga RM2.50 sekilogram yang mana pembeliannya dihadkan kepada dua pek bagi setiap pelanggan.


Telur ayam Gred B dijual pada harga RM12.30 sepapan dan tiada masalah bekalan berlaku bagi barang kawalan terbabit.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Perlis Norazah Jaapar berkata, 20 pasar raya dan kedai runcit diperiksa pada hari pertama penamatan subsidi minyak masak tulen botol yang bermula hari ini.

"Selain itu, hari ini juga, bermulanya Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam sehingga 31 Ogos ini. Setakat ini, lanjutan ini akan berlangsung selama 60 hari seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Berdasarkan pemeriksaan kita pada hari ini, peniaga mematuhi harga maksimum seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu RM9.40 sekilogram.

"Namun begitu, ada peniaga seperti di Pasar Besar Sena Kangar didapati masih lagi menjual pada harga lama iaitu RM8.90 sekilogram," katanya kepada media selepas pemeriksaan harga dan bekalan Ops Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak (ATM) di pasar raya di Kompleks Tok Arau di sini.


Norazah (kiri) bersama anggota penguatkuasa KPDNHEP Perlis meninjau ayam mentah sejuk beku yang dijual di sebuah pasar raya di Arau dengan harga siling RM9.40 seperti yang ditetapkan kerajaan sebelum ini. FOTO AIZAT SHARIF

Menurut beliau, bagi stok telur ayam, harganya masih kekal.

Katanya, dalam menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi pula, peruncit dan peniaga di negeri ini yang berdepan masalah itu diminta berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan bekalan bahan kawalan berkenaan.

"Kita akan cari penyelesaian dan mengaturkan dengan pemborong bagi melakukan penghantaran minyak masak paket kepada pihak berkaitan.

"Pengeluaran minyak masak paket bersubsidi di Perlis didapati tidak mencukupi bagi menampung permintaan namun pemborong sudah mengambil inisiatif untuk mendapatkan bekalan dari luar," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana bekalan di negeri ini masih mencukupi untuk menampung permintaan semua pihak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arga-siling-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051711 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list