CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Johor] Telur tak cukup di Johor Bahru

[Copy link]
Post time 2-7-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode

BEKALAN telur yang diperoleh Lee Kwan Ching masih tidak mencukupi dan sama seperti sebelum ini. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Peniaga telur ayam di bandar raya ini mula resah memikirkan krisis bekalan telur yang tiada kesudahan sehingga menyebabkan mereka tidak mampu memenuhi permintaan sebahagian pelanggan.

Peniaga, Lee Kwan Ching, 49, berkata, bekalan telur yang diperoleh masih tidak mencukupi dan ia masih sama seperti sebelum ini.

Katanya, sejak beberapa hari lalu, pihaknya tidak memperoleh bekalan daripada pembekal atau pemborong dengan alasan bekalan terhad.


Menurut Lee, dia tidak menafikan, segelintir pembekal menunggu saat sehingga kerajaan mengumumkan kenaikan harga siling bagi mengaut keuntungan lebih.

"Mulai hari ini, kami menjual telur ayam pada harga siling 45 sen sebutir untuk Gred A, 43 sen sebutir untuk Gred B dan 41 sen sebutir bagi Gred C.

"Masalahnya, di kedai kami ini, hanya ada stok telur ayam kampung. Bukan saja kedai kami malah rata-rata kedai di sekitar bandar raya ini mengalami masalah sama.

"Ada penduduk yang merungut apabila bekalan telur ayam terhad hingga kami terpaksa menjelaskan perkara sebenar.

"Ia berikutan ada yang menganggap kami menyimpan stok telur dan menjualnya apabila kerajaan menetapkan harga siling lebih tinggi," katanya.

Seorang lagi peniaga, Sadiah Saaban, 40, berkata, isu menjual stok telur lama mengikut harga baharu tidak wujud kerana orang ramai melakukan pembelian panik hingga bekalan cepat habis.

Menurutnya, stok telur ayam yang dihantar pembekal hanya bertahan selama dua hingga tiga hari sebelum pihaknya terpaksa membuat tempahan seterusnya.

"Stok telur juga tidak sesuai disimpan lama kerana ia boleh rosak dan merugikan peniaga.

"Tindakan menyimpan stok kerana menunggu sehingga harga siling dinaikkan adalah kurang bijak dan sikap tamak itu boleh merugikan peniaga sendiri," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penggerak Pengguna Johor Vegent Pang berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mendakwa peniaga menjual stok telur lama pada harga baharu.

Beliau berkata, sebaliknya, kebanyakan aduan diterima berkaitan kenaikan harga telur selain bekalan tidak mencukupi.

"Kami faham ada pembekal mengutamakan pelanggan tetap namun mereka juga perlu mengambil-kira permintaan penduduk.

"Malah, sekiranya terdapat aduan berkaitan pembekal yang sengaja menyimpan stok, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harus memantau dan mengambil tindakan," katanya dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ukup-di-johor-bahru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list