CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 1

[Tempatan] APMM Terengganu Aktifkan SAR Cari Bot Bawa 10 Pemancing, Tiga Kru Dikhuatiri Hilang

[Copy link]
Post time 30-6-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
APMM Terengganu Aktifkan SAR Cari Bot Bawa 10 Pemancing, Tiga Kru Dikhuatiri Hilang
Faiz,13 minit lalu1 min read

KUALA TERENGGANU, 30 Jun (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu hari ini mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot yang membawa 10 pemancing dan tiga kru termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Besut.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata bot pendaftaran KNF 7040 itu keluar dari Jeti Pengkalan Kubu di Kuala Besut pada 10 pagi Sabtu lepas (25 Jun).

“Bot tersebut sepatutnya pulang semalam tetapi hingga kini masih tidak pulang dan gagal dihubungi.

“Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan SAR pada 11.45 pagi tadi bagi mengesan bot tersebut. Kapal Maritim Redang digerakkan ke kawasan dipercayai bot tersebut selalu memancing di sekitar pelantar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan bot tersebut tiada peralatan seperti radio atau satelit komunikasi, katanya.

Beliau berkata MRSC Kuantan juga telah berhubung dengan Pusat Komunikasi Petronas dan Exxon Mobil bagi hebahan mengenai bot tersebut.

“Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dapat menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu melalui talian 09-6224357,” katanya.

Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
"Difahamkan bot tersebut tiada peralatan seperti radio atau satelit komunikasi." katanya.

Jangan life vest utk 13 orang tu pun lupa gak taktau la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.654518 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list