CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 7

Haruman Koleksi Selebriti De’Xandra Bantu Kesihatan Mental

[Copy link]
Post time 29-6-2022 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat haruman popular di negara ini melancarkan kempen Mental Health Awareness bertemakan De’Xandra Heals The World sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang julung-julung kali diadakan.


Menurut pengasasnya, Ernayanee Nur Julaimi, kempen yang berlangsung sepanjang tahun dan turut disokong selebriti yang terlibat dengan De’Xandra, pihak pengurusan tertinggi, rakan strategik termasuk stokis, pengedar dan dropship yang berada di negara ini Singapura, Indonesia dan Brunei.




FB De’Xandra




“Sebelum ini, kebanyakan program CSR De’Xandra yang menjadi agenda tahunan lebih tertumpu kepada kebajikan, pengurusan bencana, pembangunan sahsiah dan ekonomi.


“Bagaimana pun pada kempen kali ini, kami mengangkat isu kesihatan mental ekoran berlakunya peningkatan signifikan dalam kes bunuh diri di dalam negara malah di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.


Kata beliau, sebagai jenama wangian pilihan Asia, pihaknya terpanggil untuk turut bersama-sama memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan menyeru melakukan apa sahaja usaha dalam membantu golongan yang sedang mengalami masalah awal kesihatan mental termasuk depresi, kebimbangan, kemurungan dan hilang keyakinan diri.


“Koleksi wangian terbaharu cetusan idea dan kolaborasi citarasa selebriti Bella Astillah dan pereka fesyen Rico Rinaldi dikenali sebagai Celebrity Collection yang begitu istimewa.


“Rico Rinaldi mengetengahkan lambangan pentingnya nilai persahabatan manakala wangian Bella Astillah yang tampil merah diibaratkan warna rona cinta dalam membantu memberi suntikan semangat baru kepada mereka yang memerlukan termasuk golongan yang menghidapi masalah awal kesihatan mental.




FB De’Xandra




“Kami yakin nilai persahabatan dan cinta ini merupakan tunjang dalam apa jua situasi kerana kita memerlukan sahabat untuk saling menyokong, kasih sayang dan cinta. Justeru melalui koleksi selebriti ini menyampaikan mesej yang jelas dan baharu kepada penggemar-penggemar minyak wangi di luar sana tentang nilai persahabatan dan cinta yang sebenar,” ujarnya.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm xde org lain ke nk collab lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:34 PM | Show all posts
orang kemurungan sebab masalah kewangan.
kereta kena tarik rumah tertunggak. bisnes down . kilang tutup.
macam mana barang dia boleh solve problem di atas?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:53 PM | Show all posts
masalahnya dua-dua ambassador tak postive, sorang jenis asal berlaki, joget tik tok, pakai macam remaja walau hakikatnya dua kepala dah keluar, sorang lagi designer fonen kuat merempan, sikit-sikit perli customer sendiri, buat tiktok hina customer, jenis nak join the wagon semua issue.....mental positive ke tu nok? alahhhhhhhai
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 05:23 PM | Show all posts
Sudahlah ler guna cara ni untuk marketing
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa la yang dok beli produk2 kecantikan kesihatan tempatan yang jenama sendiri dot com ni.

Selama hidup tak pernah tertarik nak cuba. Entah safe ke tidak ingredients dia. R&D kilang kat Siam ke Filipina ke..... berani betul konsumer beli. Scam mostly.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah aku suka beli perfume de xandra ni sebab aku jenis bila dh separuh botol x kisah la brand mahal or murah mesti dah xleh bau yg aku beli tu.. tapi de xandra aku ok plak. Hahaha serasi la kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
knp pnggil pmpn gedik x tentu arah ni. yg rico tu..pfffftttt..baik panggil jeffrey ibrahim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.065106 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list