|
Nazim Othman menghormati peminatnya dan tidak kisah sekiranya panggilan 'oppa' melekat sampai bila-bila.
IG Nazim
Pelakon berusia 37 tahun itu atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menganggap ia satu penghargaan daripada peminatnya.
"anggilan 'oppa' itu memang daripada peminat. Jadi, saya tak kisah pun mereka (peminat) nak panggil 'oppa' sebab mungkin sekadar untuk suka-suka saja. Tak ada masalah pun.
IG Nazim
"Tapi, sekarang rasanya dah kurang dah peminat panggil saya 'oppa'. Maklumlah, sejak meningkat usia. Bagaimanapun, saya terima dan okey saja jika mereka nak terus panggil saya dengan gelaran 'oppa' itu. Biarlah," katanya.
Terdahulu, Nazim ditemui Harian Metro dan beberapa wakil media lain ketika berkunjung dalam sesi lawatan ke lokasi penggambaran drama Sorry Naik Lori di sebuah studio, baru-baru ini yang diatur oleh iQiYi Malaysia.
Selain Nazim, hadir sama di set penggambaran itu ialah dua lagi pelakon utama drama terbabit iaitu Ruhainies dan Nafiz Muaz. Drama Sorry Naik Lori juga adalah siri original pertama platform OTT, iQIYI Malaysia.
Nazim berkata dia berharap penonton dapat menerima lakonannya dalam drama Sorry Naik Lori dengan baik apabila ditayangkan nanti. Ujarnya, dalam drama itu juga dia menyahut cabaran bercakap 'loghat Utara'.
Sumber: Harian Metro
|
|