Penyanyi, Shila Amzah mengakui pintu hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.
Shila, 32, berkata, dia sudah mula rasa bosan dengan kehidupan tanpa pasangan selain menegaskan dia belum serik untuk kembali berumah tangga.
IG Shila
"Sekarang saya gembira dan bukan dalam proses untuk mencari-cari pasangan hidup baharu. Ia belum lagi, tapi pintu hati saya tetap terbuka untuk menerima orang baharu.
"Saya tak pernah 'single' terlalu lama. Hidup saya bosan kalau kerja saja dan tak ada apa-apa hubungan. Saya bukanlah tak boleh 'single' terlalu lama. Jadi 'single' ini seronok tapi bukan untuk hari-hari.
"Saya juga tak serik untuk berumah tangga, sebab saya masih muda dan saya yakin semua lelaki bukan sama. Kita tak boleh nak pukul rata semua lelaki." katanya.
Menurut Shila, dia sudah tidak meletakkan sebarang penanda aras tertentu dalam mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup, sebaliknya hanya memfokuskan kepada keserasian dirinya dan pasangan saja.
"Saya dah tak ada ciri spesifik untuk lelaki yang saya mahukan. Orang kata kalau nak doa (dapat jodoh) perlu spesifik. Tapi sebelum ini saya terlalu sepsifik sangat macam kena tinggi dan kena pandai. Selepas ini saya akan lebih terbuka dan tengok mana yang lebih sesuai.
"Kadang-kadang apa yang sesuai dengan kita adalah bukan daripada apa yang kita mahukan. Keutamaan saya adalah keserasian dari segi cara bercakap yang sama dan cara bergaduh yang sama. Maksudnya kita boleh faham bahasa cinta antara satu sama lain. Itu semua penting, kalau tak sama jadi penat dan pada saya memang buang masa," katanya.
IG Shila
Februari lalu, menerusi perkongsian menerusi Instagram, Shila mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias.
Mengulas lanjut kerjaya seninya ketika ini, Shila bakal mengeluarkan single terbaharu berjudul Jauh Hati dan juga lagu duetnya bersama penyanyi Liza Hanim berjudul Bahagiakan Dia tidak lama lagi.
Post time 27-6-2022 07:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by scrocth at 27-6-2022 07:59 PM
Td ada tertonton hard to heart astro ria yg paknil hos. Sheols jd guest. Kuat sgt blame game sheols ni. Dlm pd xnak bukak cerita psl aib ex, tp bila paknil tny apa lesson yg sheols blajar dr marriage lps, dia jwb finding the right person. Sama jugak isu media. Xda nk mengakui even that’s part of her mistakes pn, ttp nk blame pengurusan lama (read:bapak dia).
Nak cari the right person, diri sendiri pun kena improve jugak dekk.
Post time 27-6-2022 08:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by stingergrumpy at 27-6-2022 08:48 PM
Anak jiran aku yg 3 tahun iteww pernah menyebut....anak dara yg belum pernah kawen dgn wanita yg pernah kawen, dan bercerai samada cerai hidup atau mati...selagi mana belum capai usia kekeringan peks.....graft ngernyamannya lainnnnnn sungguh layeeeeennnnnn..
Post time 27-6-2022 09:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Focuslaaaaaaaaa kat anak ko jilakee... Anak ko tupon belom lancar lg cakap... Tu pon ko nak salahkan anak ko trauma la bgai..... Puihh... Cube ko focus betol2x dgn anak... Kurangkan kontroversi... Tak serik2x