View: 1336|Reply: 12
|
Housemate Bela 6 Ekor-"Pengotor Nak Mampus, Berak Tahi Dibiar, Dipaksa Kongsi Duit Beli Makanan Kucing"
[Copy link]
|
|
Kehidupan di rumah sewa boleh bertukar menjadi 'neraka' jika kita ditakdirkan tinggal di bawah satu bumbung dengan manusia yang pengotor.
Begitulah situasi yang dihadapi pelajar ini apabila dua rakan penyewanya sering bersikap pentingkan diri sendiri sehingga mengabaikan kebersihan kediaman mereka.
Menurut pelajar itu, dia hidup dalam keadaan tidak selesa apabila dua rakan penyewa membawa masuk enam ekor kucing tanpa persetujuan penghuni-penghuni yang lain.
Foto: mStar Online
"Saja nak cerita since aku tak ada tempat nak luah. Nak dijadikan ceritanya macam ni. Ada dua orang housemate aku bela kucing. Yang seorang tu bela seekor, seorang lagi bela lima ekor.
"Mereka ni bela tanpa persetujuan kami housemate yang lain. Aku ni jenis pendiam je malas nak bersuara sangat. Jadi aku biarkan je mereka bela, janji mereka jaga kebersihan dan tak kacau housemate yang lain," ujar gadis itu.
Bercerita lanjut, gadis itu berkata dua penyewa berkenaan bagaimanapun mengkhianati kelonggaran yang diberi dan bersikap lepas tangan terhadap haiwan belaan mereka.
Lebih teruk, dua individu itu turut memaksa rakan penyewa yang lain untuk menyumbang wang bagi membeli makanan kucing, sekali gus menambah bebanan mereka sebagai pelajar yang masih belum mempunyai pendapatan bulanan.
"Tapi tu lah, salah aku sebenarnya. Mereka yang bela kucing tapi kenapa kami yang lain ni kena tanggung segala duit makanan kucing tu?
"Jenis minta duit paksa-paksa. Beli pula yang jenama mahal-mahal, dalam sebulan ada la lima kali beli makanan kucing.
"Kau bayang la, aku ni pelajar, sesak la juga kadang-kadang nak makan untuk diri sendiri pun sakit. Ni tak 'memasal' nak kena tanggung kos makan kucing dia juga. Sepatutnya tuan dia la tanggung semua tu," ujarnya.
Paling menyedihkan tentunya sikap pengotor dua penyewa itu yang mengabaikan kebajikan kucing mereka, malah tergamak membiarkan najis di ruang tamu kediaman dalam tempoh lama.
"Lepas tu bab kebersihan. Ya Rabbi stres hanya Allah je yang tahu. Pengotor nak mampus. Kucing mereka berak kat ruang tamu tapi mereka tengok je dulu. Cucinya lima jam kemudian. Busuk woi.
"Cuci pun ala kadar je. Masih nampak bekas tahi kucing tu. Ruang tamu pula tempat kami solat, tempat makan, tempat study. Sumpah tak selesa kalau dah asyik bau busuk. Kadang-kadang aku sakit kepala sebab stres dengan mereka.
"Aku pun sibuk ada kerja aku, jadi aku tak pernah ambil tahu pasal kucing mereka. Bagi aku, mereka yang bela, mereka jaga la makan minum," ujarnya.
Menurut pelajar itu lagi, dia dan rakan penyewa yang lain bagaimanapun tidak pernah bersuara mengenai hal tersebut kerana risau berlaku 'perang dingin' antara mereka.
"Rakan serumah yang lain pun tak puas hati sebenarnya tapi kami ni introvert tak banyak cakap, kami ikutkan je. Aku tahu benda ni tak bagus, kena tegur, tapi aku tak tahu macam mana nak buang rasa segan nak tegur tu.
"Aku susah nak cakap tidak. Lagi pun sebilangan mereka ni perangai jenis suka 'palau' kalau orang tu tak setuju angin dengan mereka," luahnya lagi.
Dalam pada itu, tangkap layar luahan pelajar yang tidak mendedahkan identitinya itu turut menerima maklum balas netizen selepas ia dimuat naik ke Twitter.
Selain menyelar sikap pemilik kucing, netizen turut memberi cadangan agar masalah itu diselesaikan menerusi perbincangan secara baik antara mereka.
"Slow talk la. Kalau tak reti berhadapan depan-depan, taip dalam group WhatsApp. Kadang pencinta kucing ni suka play victim tau, sikit-sikit ingat orang benci kucing. Beritahu siap-siap kita tak benci, tapi common sense mana?
"Yang bela dua orang je kan? Yang tak selesa tu berapa orang pula. Cakap la. Lagi satu kalau dia palau kau pun, palau dia balik sebab duit makan tu pun ada share kan. Tak jadi kudis la kena palau. Kalau tak nak tegur, kemam je la. Menyirap pula aku.
"Solution yang saya dapat fikirkan sekarang ni, komunikasi. Tegurlah. Nasihatlah. Sampai bila nak diam? Biarlah nak terasa hati ke, kena palau ke. Banyak lagi kawan boleh cari.
"Tak yang student gatal bela kucing dalam rumah sewa ni kenapa? Penat la budak-budak ni. Dah tu nanti kucing yang jadi mangsa. Bela kucing elok-elok la, kalau tak mampu jangan bela," tulis beberapa netizen. -CARI
Suber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Soklan Asas
Edited by tumpanglalu74 at 27-6-2022 04:50 PM
Adekah yang bela kucen2 tu makbapak dorang yang OWN rumah tu? Korang yang lain tu sekadar merempat aje??
Kalo ye, sile berambus. Kalo tidak, sile wat house meeting face to face.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penah dulu osmet senior bela kucing berak merata. Balik kelas busuk la rumah kan.
Kami p buang kucen dia kat market |
|
|
|
|
|
|
|
Gi lah semuka...i mmg x suka kucing..mujur x pernah dpt housemate bela kucing..bak kata chazey hanya org kaya saja blh bela kucing..yg mkn pun x ckp jgn lah bela |
|
|
|
|
|
|
|
tu bukan introvert dek...
tu namanya sendiri diamkan diri kena buli biarkan diri dipijak calit najis dengan housemate lain..
introvert yang betul,
dia sewa studio satu unit takkan share / bawak balik siapa2 sebarangan melainkan satu2 je yang special. bagi introvert, habitat dia tu adalah paradise dia. tapi still berkawan normal, cuma bila perlu aje akan contact. |
|
|
|
|
|
|
|
Abihtu kau nak kecoh satu malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 27-6-2022 07:13 PM
tu bukan introvert dek...
tu namanya sendiri diamkan diri kena buli biarkan diri dipijak calit najis ...
itu lah introvert tapi boleh pulak share sewa rumah dgn orang, lain la duduk dorm takde pilihan.
-------
gila ke dua ketul bengap yg bela kucing tu? especially yg bela 5 ekor tu, kalau taik kucing pon tak terurus aku tak yakin langsung jenis ada tanggungjawab atau kesedaran nak mandulkan kucing2 tu. siap la beranak pinak sampai tak larat jaga, doosh lempar sekotak kucing kat pembuangan sampah esok2 pastu mknn mahal mende tu sampai 5 kali sebulan kena beli? mknn mahal kucing tak mkn banyak pon cam mknn timbang kilo, kucing pulak takat 6 ekor. kalau kucing berpuluh ekor maybe la bag paling besar available tak cukup beli 1. anak kucing aku baru pungut kat timbunan sampah semalam pon terus reti guna litter box oii, takyah train langsung sbb mmg nature dorang cari tempat boleh gali. ni mesti litter box pon tak beli? kira suruh kucing membuang kat luar, nasib je la kalau terberak kat rumah jiran ke ape kan |
|
|
|
|
|
|
|
Sudahlah bodoh, lepas tu meroyan di media sosial. Tegurlah depan2, sanggup hadap rakan macam tu, yang pergi senyap sampai makan hati buat apa. Ingat rakan ko tu baca royanan orang. Allah beri ko mulut, suara, akal, otak, fikiran. Bertindaklah dengan bijaksana. |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 27-6-2022 06:50 PM
Penah dulu osmet senior bela kucing berak merata. Balik kelas busuk la rumah kan.
Kami p buang kuce ...
jahatnya ko sis, kucing tak berakal yg ko hukum. patutnya ko hukum senior ko tu, pi berak balik atas katil dia ala amber turd. semoga doa kucing yg dianiaya tu akan terbalas bila ko mati! |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kucing kau boleh masuk sorga,
dan sebab kucing juga kau boleh masuk nereka.
simple.
jadi nak bela kucing ni, tengok2 sket jiran sekeliling.
menyakiti jiran sekeliling, lagi besau dosa nya dari pahala bela kucing.
tak caya check hadis or tanya ustad |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 27-6-2022 08:49 PM
Menurut pelajar itu lagi, dia dan rakan penyewa yang lain bagaimanapun tidak pernah bersuara mengenai hal tersebut kerana risau berlaku 'perang dingin' antara mereka.
ini point yang sebenar.
pompuan akan jadi singa bila cakap dengan laki sendiri,
tapi jadi tikus bila sesama pompuan,
lagi senang mengumpat, tikam belakang or meroyan di socmed
Lebih teruk, dua individu itu turut memaksa rakan penyewa yang lain untuk menyumbang wang bagi membeli makanan kucing, sekali gus menambah bebanan mereka sebagai pelajar yang masih belum mempunyai pendapatan bulanan.
yang dia pun kena bayar makanan kucing tu,
sebab dia pun main dgn kucing tu.
tu yang kena share pada sape2 yang terlibat
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah dok serumah yg kawan bela arnab dlm bilik die. Satu hari kami buka bilik die dan terkejut tgk taik arnab setimbun kat sudut bilik. Mcm mn lah die boleh tgl dlm bilik yg penuh taik. Lg kita org terkejut die belaj jgk monyet exotic yg mata bulat tu. Memang pengotor!! |
|
|
|
|
|
|
|
Pindah rumah lah masalah selesai
Kucing hanya boleh bela sekor saja di dlm rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
|