View: 1710|Reply: 8
|
Jenguk Ibu Tak Sihat Di Sabah, Netizen Tak Sangka MK K-Clique Pandai Mengaji Dan Jadi Imam
[Copy link]
|
|
Sumber: Tiktok Wawa Evs
Siapa yang tidak kenal penyanyi rap Malaysia iaitu MK K-Clique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin? MK seorang penyanyi rap yang terkenal dengan imej 'bad boy'. Populariti MK memang tidak dapat disangkal lagi terutamanya di kalangan peminat perempuan. Baru-baru ini, ramai peminat MK yang 'patah hati' apabila penyanyi itu tampil bersama teman wanitanya di tempat awam.
Terbaru ini, kakak MK iaitu Wawa telah memuatnaik video MK di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan MK dan kakanya baru sahaja pulang ke kampungnya halaman mereka di Sabah selepas mendapat berita bahawa ibu mereka berada dalam keadaan kurang sihat.
Video itu memaparkan MK sedang mengaji bersama-sama ibunya. Ramai peminat juga kelihatan begitu teruja mendengar MK mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran yang kedengaran begitu lancar. Bukan itu sahaja, MK juga turut mengimamkan solat jemaah bersama keluarganya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat sangat terkejut bahawa MK mempunyai kebolehan untuk mengaji dengan suara yang begitu merdu. Siapa sangka lelaki yang dikatakan 'bad boy' mampu menjadi mengaji dan menjadi imam solat? -CARI
Sumber: Tiktok Wawa Evs
|
|
|
|
|
|
|
|
Retis Msia ni aku perati…ramai je pandai agama or at least ada basic ilmu agama. Tp bila da mabuk glemer terus jd bad boy or bad girl.
Tibe up video pandai mengaji, taranum, jadi imam.
Muda2 ni patutnye bukan kita enjoy tak ingat dunia. Some ppl ckp time muda la merasa nikmat dunia. Kalo time muda ko berjimba tiba kiok, camana tu?
Dah tua sok jadi alim warak kalo umur panjang.
#donemodesetazah |
|
|
|
|
|
|
|
Dh dia pon beragama islam kan?apa yg netz kagum dan pelik sgt?pelik2 la netizen nih |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa pandai ngaji dgn solat tu basic kottt.. bukan dia non-muslim pun. netizen ni punn |
|
|
|
|
|
|
|
kagum la jugak sebab bacaan heols lancar.... tapi meols tengok account kakak heols yang post tu terus meols jadi acik-acik fesbuk..mengucapp panjanggggggggg meols...hahahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu menunjuk keadaan sekarang. Sampai benda yg mmg basic dan expected of esp anak lelaki yg imam dan bakal imam ...ramai yg terkejut hairan...ada lagi satu ...netizen selalu ckp humble nya ... Tak sangka humble nye ..haha geli telinga I bila baca comments mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
nampak besar jugak rumah dia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|