View: 3388|Reply: 26
|
Produksi Tak Memandai, Pihak Perubatan Sendiri Pasangkan
[Copy link]
|
|
Pengarah drama Bisik-Bisik Gelora, Riza Baharudin tampil menjelaskan bahawa pihaknya telahpun mendapatkan rujukan daripada pakar terlebih dahulu tentang cara pemasangan tiub bantuan pernafasan (intubation tube) sebelum babak ‘kritikal’ lakonan Redza Rosli dibuat.
Riza yang dihubungi Kosmo! Online menjelaskan tiub bantuan pernafasan bukannya dibuat sesuka hati sebaliknya dipasang sendiri pegawai perubatan kerana bimbang jika cara penyambungan peralatan tersebut salah.
“Kalau boleh saya tidak mahu kaitkan sesiapa. Tapi saya perlu jelaskan bahawa tiub bantuan pernafasan itu telah dipasang oleh individu yang arif tentang perubatan dan bukannya pihak kru produksi.
“Bila pihak perubatan sendiri yang memasangnya, saya tidaklah boleh memandai-mandai kata salah. Jadi saya anggap sahaja cara pemakaian tiub bantuan pernafasan itu betul,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ujar Riza lagi, sewaktu babak itu dijalankan di sebuah hospital, dia turut berada di lokasi dan telah bertanyakan beberapa kali kepada pihak perubatan untuk mendapatkan kepastian.
“Banyak kali saya tanya itu dan ini kerana mahu segala-galanya nampak sempurna. Malah sebelum drama Bisik-Bisik Gelora ditayangkan, pihak penyiar TV3 juga ada bertanyakan tentang perkara itu.
“Saya dengan yakin memaklumkan bahawa cara pemakaian tiub bantuan pernafasan itu telah dipasang dengan betul oleh pihak perubatan,” katanya.
Foto: IG Riza
Bagaimanapun, sebagai pengarah, Riza memikul tanggungjawab tersebut dan memohon maaf kepada pihak yang menganggap babak tersebut seolah-olah memperlekehkan institusi perubatan.
“Dengan rasa rendah diri, sebagai pengarah saya sedia memikul tanggungjawab dengan memohon maaf kepada mereka yang terasa.
“Sebagai pengajaran, saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan akan mendapatkan pandangan lebih daripada seorang pakar jika mahu melakukan babak serupa dikemudian hari,” katanya.
Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Riza pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menonton drama tersebut kerana peka dengan ‘kesilapan’ yang berlaku.
“Bila tular babak ‘kritikal’ itu, maknanya penonton peka dan tonton drama saya. Terima kasih semua,” ujarnya.
Foto: Kosmo
Terdahulu, tular dalam laman sosial apabila babak Jad Izzuddin lakonan Redza Rosli yang terlantar dalam keadaan kritikal di hospital menjadi bahan lawak netizen selepas cara tiub bantuan pernafasan yang digunakannya dianggap pelik oleh penonton.
Malah, babak tersebut turut mendapat teguran oleh seorang doktor perubatan apabila mendakwa cara penyambungan tiub bantuan pernafasan itu tidak sama seperti amalan perubatan sebenar.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Babak kritikal rambut tetap maintain.. |
|
|
|
|
|
|
|
budak praktikal kut pasangkan ahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai pula tag saya pada babak drama yang pelakonnya dipakaikan ETT(endotracheal tube) tu, dan minta saya ulas berkenaannya.
Saya dah ulas banyak kali tentang ETT, dan tiada keperluan untuk ulang lagi. Setiap tahun pasti ada kesilapan berkenaan ETT dan mesin ventilasi.
Saya kadang-kadang terfikir, adakah produksi sengaja buat kesilapan supaya orang berkata tentangnya. Tapi itu wasangka saya sahaja.
Dulu saya rajin kritik kesilapan-kesilapan penggunaan peralatan perubatan dalam drama-drama, tapi sekarang saya dah tak rajin.
Ini kerana saya dah banyak kali dikecam dan diugut oleh pihak produksi drama apabila saya ulas tentang kesilapan dalam drama mereka.
Siap ada yang nak saman.
Maka buat masa sekarang, saya hanya akan ulas jika ulasan itu akan memberi ilmu baharu dan bermanfaat pada orang ramai.
Jika boleh lepas ni, saya nak fokus pada kritikan membina, bukan kritikan menghina.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pengamal Perubatan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0Ty5RKJmqdKhhWa6HexKdKGTa8kdXYB4Q9Vhdcb7NUVPe8t22fjRySruwqAjeKRTFl&id=505988350 |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa nampak pelik mcm dia kulum ja benda tu sebab mulut dia kembung |
|
|
|
|
|
|
|
Babak ni lah bnyk page buat troll ari tu |
|
|
|
|
|
|
|
dalam dunia nyata kene game pakar
dalam movie pun kne game dgn pakar |
|
|
|
|
|
|
|
mmg nampak pelik walaupun iols pn xtau pasal benda alah tu. pakai oksigen biasa sudah la |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ilang mood tgk final sbb ni la.ntah hape2 psg benda tu. Pastu plak byk flashback. Ulang2 babak tu. Boringg |
|
|
|
|
|
|
|
apa pn mmg patut arumi minta cerai.. bkn senang nk lupa perangai si jad tu.. padan muka jad hahaha..
|
|
|
|
|
|
|
|
baru je google tadi....
ahahahhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 27-6-2022 03:52 PM
Nampak pelik sebab mulut dia kemam tak nak bagi jatuh tube, kan unconscious sepatutnya mulut tu relaxed . In real life tube kan masuk sampai dalam trachea, so tak dela macam nak terkeluar. lepas tu kan akan letak tape along the mouth to hold the tube. Pastu rasanya selalu pesakit kepala pun tak tertunduk/terpusing macam tu, mendongak sikit sebab tiub. Tengok Grey anatomy banyak sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
kaka rase, nurse tu nk scma production tu agaknya hahahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini drama cinta bukan Medical Drama mcm Chicago Med/Transplant/Nurses.
boleh seach YOutube:
KAlau dia masuk ikut lubang hidung pun x per. Jgn masuk lubang bawah dah la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pengarah. Nak juga tahu doktor yang pasang tu doktor betul ke atau tak betul... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau takat tanya GP mmg tak lepas la |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalau Arumi nak minta cerai, nape nangis kat hospital doa Jad sembuh... biarlah dia mati, dapatlah kau jadi janda.
Drama ni byk sangat tak konsisten... dah tak real langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu acik2 porem kepam ngadap drama2 melayu |
|
|
|
|
|
|
| |
|