View: 5127|Reply: 66
|
[Tempatan]
Mana ada hantu?
[Copy link]
|
|
Mana ada hantu?
PELBAGAI cerita karut menyebabkan nilai harga Pangsapuri Amber Court jatuh mendadak.
Kuala Lumpur: Pelbagai kisah seram sebuah kondo yang konon 'berpuaka' di Genting Highlands dikongsi kumpulan pemburu hantu di media sosial sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, ratusan penduduk Pangsapuri Amber Court mendakwa semua kandungan di media sosial membabitkan pengalaman menakutkan dikongsi di pangsapuri itu hanyalah bertujuan meraih jumlah tontonan tinggi tanpa bersandarkan fakta.
Pengerusi Amber Court Management Corporation Datuk Seri Dr K K Chai berkata, lebih 100 penduduk berkumpul di luar pangsapuri itu Sabtu lalu bagi membantah YouTuber dan tindakan kumpulan pemburu hantu.
Menurutnya, kumpulan itu menceroboh masuk pangsapuri berkenaan pada waktu malam bagi menghasilkan video berhubung aktiviti paranormal dengan dakwaan kediaman itu dihuni banyak hantu dan roh jahat.
"Hakikatnya penduduk Pangsapuri Amber Court sudah muak dengan berbagai kisah seram disebarkan kononnya bangunan itu berhantu serta berpenunggu.
"Semua dakwaan itu tidak berasas. Tiada seorang pun daripada kami pernah melihat hantu apatah lagi diganggu aktiviti ghaib di pangsapuri itu.
"Saya yakin mereka (kumpulan menghasilkan video) hanya melakukannya bagi mengejar populariti di media sosial. Malah, saya tidak pasti jika mereka juga ada agenda lain tersembunyi," katanya ketika ditemui di Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, semalam.
Menurutnya, ia terbukti apabila muncul individu mendakwa sebagai bomoh hebat yang menawarkan khidmat 'membersihkan' rumah dari gangguan roh hantu.
"Kami yang mendiami pangsapuri ini sejak berpuluh tahun lalu kecewa dengan tanggapan ramai kononnya pangsapuri ini 'keras' dan berhantu," katanya.
KUMPULAN penduduk Pangsapuri Amber Court membuat bantahan, semalam.
Menurutnya, lebih RM1.4 juta dibelanjakan untuk menaik taraf rupa pangsapuri itu dan menukar lif di kediaman itu.
Sementara itu, salah seorang penghuni, H Wong, 40-an berkata, pelbagai cerita karut itu menyebabkan nilai harga pangsapuri di lokasi peranginan itu jatuh mendadak.
"Walaupun ia berharga sekurang-kurangnya RM1,000 sekaki persegi namun hartanah pangsapuri Amber Court ketika ini hanya bernilai sekitar RM250 sekaki," katanya.
Sementara itu Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, tindakan tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu perlu dihentikan.
"Terlalu ramai yang menghasilkan content (kandungan di media sosial) berhubung kisah hantu di Amber Court. Jika benar berhantu, saya yakin tiada siapapun berani menghuni pangsapuri itu. "Sehingga kini terdapat beratus penghuni mendiami pangsapuri berkenaan dan mereka tinggal dengan aman," katanya.
Menurutnya, penduduk di kediaman itu sudah mendapatkan khidmat guaman bagi mengheret mana-mana individu yang sengaja mengganggu gugat kesejahteraan mereka.
"Penduduk di situ tidak akan lagi bertolak ansur," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2022/06/855383/mana-ada-hantu
|
|
|
|
|
|
|
|
seram..
kondo yg i tgl skrg ni kn..lift dia suka stop tnpa sbb kt level 13A..
pastu i lari tkr lift sblh..time tu dh mlm ..sorg lak tu..dia stop kt level 13 A tu on xmo ttp..bila dia dh nl ttp tu i is seram i lari keluar..huihh serammmm....... |
|
|
|
|
|
|
|
#LejenFlix: Dokumentari Ini Rungkai Misteri Yang Hantui Amber Court
Terletak di Genting Highlands, Amber Court bukanlah satu nama yang asing kepada penggemar kisah seram. Walaupun baru sahaja siap dibina pada tahun 1995, ramai orang telah berkongsi pengalaman tersendiri yang kurang menyenangkan di hotel berkenaan seperti pengalaman misteri dan penampakan hantu.
Baru-baru ini, penulis telah menonton sebuah video dokumentari yang dimuat naik oleh Free Documentary di laman YouTube mereka.
Adakah Amber Court ini benar-benar berhantu seperti yang didakwa ataupun ia sekadar kisah dongeng penduduk setempat sahaja? Anda boleh tonton video tersebut untuk tahu jawapannya.
Sumber: The Vocket
Menerusi video tersebut, salah seorang wartawan Free Documentary yang menetap di Malaysia iaitu Paul telah pergi sendiri ke hotel yang terletak di Pahang berkenaan untuk mengesahkan sama ada bangunan ini benar-benar berhantu atau sebaliknya.
Sekiranya anda menonton video berkenaan, lobi hotel ini berada di tingkat empat. Amber Court mempunyai kedai runcit, dobi dan bermacam-macam kedai lain untuk kegunaan para penginap hotel tersebut.
Sumber: YouTube Free Documentary
Paul telah menemu ramah ramai orang tinggal di kawasan sekitar bangunan berkenaan di mana kebanyakan daripada mereka adalah warga asing yang menetap di sana secara tetap.
Salah seorang individu yang ditemu ramah oleh Paul turut membuka cerita bahawa rakannya pernah mendengar suara kanak-kanak di hotel berkenaan.
Namun, apa yang lebih menyeramkan adalah tidak ada kanak-kanak ataupun keluarga di sana pada waktu itu. Jadi, individu yang ditemu ramah itu memang elak untuk duduk seorang diri sekiranya teman serumah mereka keluar bekerja.
Menerusi temu ramah tersebut, Paul dapat tahu tentang kewujudan sebuah rumah dekat hotel berkenaan yang tidak ada sesiapa pun berani untuk masuk. Sekiranya berada di sana sekali pun, penulis juga tidak akan memasuki rumah tersebut.
Sumber: YouTube Free Documentary
Apa-apa pun, anda boleh tonton dokumentari ini untuk melihat realiti sebenar bangunan tersebut yang berubah dari sebuah destinasi percutian ke tempat penempatan warga asing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Amber Court ni dah renovate kan?
Pernah tinggal sini dulu. Bilik dusty nak mampus. Tapi memang betul takda pun hantu kacau (coming from someone yang hada sixth sense). Aman2 ja tidur. Mungkin dapat bilik hokeh. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ada orang duduk rupanya
Ingatkan memang kosong ditinggal gitu je
Kenapa tak cat baru. nampaklah lawa ckit
Ni dinding berlumut hodoh..nampak horror |
|
|
|
|
|
|
|
Senang citer nk nafi keangkeran hotel ni mudah jer... Apa kata sorg wakil penduduk or wakil biro aduan MCA buat live masuk rumah yg ditampal jampi cina tu.... Masuk dan buat live dlm tu waktu mlm.....
Adabran |
|
|
|
|
|
|
|
yg nafi tu ada tidur situ ka?
ka sekadar nak demo?
kebanyakan pemburu hantu ni gi mana2 lokasi waktu tgh malam hingga awal pagi
hantu jarang keluar waktu siang
sebab mlm dh kerja shift
letih nk keluar mengusik lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 25-6-2022 01:01 PM
Senang citer nk nafi keangkeran hotel ni mudah jer... Apa kata sorg wakil penduduk or wakil biro adu ...
Nyanyi namo amitabha.
|
|
|
|
|
|
|
|
I have one additional inquiries if it’s not too much trouble ????????, guide me about this. These inquiries are displayed underneath here:
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5028168
Sitting tight for most appropriate response straightaway. I’m excessively confounded here ????????. |
|
|
|
|
|
|
|
Mca jugak dicari kasi setel problem |
|
|
|
|
|
|
|
amber turd tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
dorang x nak cat blk ke bangunan tu? iols kalo ada masa nk g situ lah |
|
|
|
|
|
|
|
hantu sebenar dah kluar
dan sudah marah |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke port terjun bunuh diri ka amber court ni... Kalah judi ja pergi ke sini bunuh diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam menipu jer pemilik2 rumah ni. Amber court ni dah lama sepi takde penghuni sampailah beberapa tahun lepas tu baru ada pekerja warga asing yang tinggal. Jadi macam mana pemilik2 ni semua tahu ada hantu ke tidak?
Haih, why don't ambik peluang tukarkan concept tempat tu ke dark tourism? Ada jer orang2 yang minat nak tinggal/explore. dari biarkan clout chaser tu semua menceroboh, charge diaorg semua sewa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|