CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDNHEP Pulau Pinang terima permohonan peniaga mahu naikkan harga

[Copy link]
Post time 25-6-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Butterworth: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang akan mempertimbangkan permohonan daripada beberapa peniaga di negeri itu yang meminta kebenaran untuk menaikkan harga jualan makanan dan minuman di premis mereka.

Peniaga berkenaan mendakwa bahan mentah yang diterima mereka daripada pembekal, harganya sentiasa berubah-ubah hingga ia memberi tekanan terhadap peniaga.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang A Mogan berkata, pihaknya akan memberi kebenaran untuk menaikkan harga sekiranya ia masih munasabah dan tidak terlalu membebankan pengguna.

"Pada ketika ini, rata-rata premis makanan masih mengekalkan harga seperti asal walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah premis yang memohon kebenaran untuk menaikkan harga kerana bekalan yang diterima mereka harganya berubah-ubah.

"Bagaimanapun, kita menasihati peniaga untuk mengekalkan dulu harga mereka dan jika hendak naikkan juga harga kita hanya benarkan sekiranya ia munasabah.

"Kenaikan harga tidak boleh dibuat sebarangan tanpa alasan munasabah dan jika berlaku mereka akan dikenakan tindakan melalui pemeriksaan yang kita akan jalankan pada setiap masa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pemeriksaan berhubung tanda harga dan bekalan barangan keperluan di sebuah pasar raya di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Mogan berkata, pihaknya berterima kasih kepada peniaga yang masih memberikan komitmen terhadap KPDNHEP dengan tidak menaikkan harga jualan mereka dalam mengurangkan bebanan rakyat.

"Walaupun kita tahu beberapa barangan akan tidak mendapat subsidi tetapi masih ada peniaga yang mahu bekerjasama dengan pihak kerajaan dan KPDNHEP untuk mengekalkan harga jualan mereka bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai," katanya.

Mengulas lanjut, Mogan berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan mendapati bekalan seperti minyak masak botol, ikan, ayam dan telur masih mencukupi.

"Seramai 122 penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa turun mengadakan pemantauan dan menasihatkan kepada peniaga patuh kepada undang-undang.

"Dalam pemeriksaan tadi juga masih mendapati ada peniaga yang menjual produk manisan yang tidak peka terhadap penandaan tanda harga.

"Peniaga itu sudah diberikan amaran mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan alat timbang yang tidak digazetkan untuk perniagaannya yang ia menyalahi undang-undang," katanya.

Untuk rekod, dari 1 Januari hingga semalam, KPDNHEP Pulau Pinang menjalankan 28,993 pemeriksaan yang daripada jumlah itu menghasilkan sebanyak 476 kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Dalam tempoh sama juga, sebanyak 673 aduan diterima oleh pihak KPDNHEP daripada pengguna berhubung kesalahan dalam akta berkenaan.


FOTO HIASAN
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ikkan-harga-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066759 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list