View: 878|Reply: 12
|
[Dunia]
Di China dah siap jalan yg ada lebih 200 selekoh
[Copy link]
|
|
Jalan Panlong miliki 200 selekoh
Oleh KOSMO!
25 Jun 2022, 9:00 am
BEIJING – Sebatang jalan baru siap dibina yang mempunyai lebih 200 selekoh menjadi tarikan pelancong di barat China, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Laluan dinamakan Jalan Panlong Purba itu mempunyai selekoh tajam dan curam dari sebuah dataran menuju ke kawasan pegunungan yang dilitupi salji.
Jika dilihat dari udara, jalan itu berbentuk seperti seekor naga. Nama Panlong berasal daripada naga air dalam mitos China.
Jalan sepanjang 75 kilometer (km) itu digelar sebagai Plateau Sky Road oleh penduduk tempatan. Ia terletak di daerah Taxkorgan Tajik, wilayah Xinjiang.
Tujuan asal pembinaannya adalah untuk menyediakan laluan di Pergunungan Kunlun kepada petani dan pengembala tempatan.
Sejak dibuka pada 2019, laluan itu dikongsikan oleh ramai pesohor media sosial di laman YouTube dan Instagram.
Jalan itu berada pada ketinggian 4,200 meter dengan ketinggian yang perlu dilalui adalah 1,000 meter.
Beratus-ratus ulasan mengenai perjalanan di jalan itu dipaparkan di laman sosial. Ia digambarkan sebagai cabaran penuh dengan keterujaan, tidak dapat ditandingi dan sangat indah.
Dalam pada itu, laman pemantauan jalan berbahaya, www.dangerousroads.org menggelar Jalan Panlong sebagai ‘impian pemandu tegar’ di samping memberi amaran kepada pemandu supaya berhati-hati semasa hujan dan salji. – Agensi
sumber: kosmo.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa buat selekoh2 cmtu? Kenapa tak buat lurus je. Apa penjelasan dari segi fizik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak China kalau tak over the top macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
1. Slope
2. Cost kalau nak buat viaduct nak kasi straight
|
|
|
|
|
|
|
|
menangis nak habiskan semua selekoh tu. Iols lalu jalan balik pulau pun dah rasa rengsa bia la nak sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Ini pilihan terakhir buat akak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by angelofish at 25-6-2022 03:01 PM
tersenyum sinis pakar arkitek kat facebook sambil membandingkan gambar kenapa usus manusia tak lurus sampai ke lubang bontot.kenapa mesti bersimpang simpang |
|
|
|
|
|
|
|
Wow
Ae86 bersedia... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak bikin telowong saja. guangjeng pineng sana pandai bikin telowong maaahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Bukit Fraser pun antara kawasan yg paling byk selekoh |
|
|
|
|
|
|
|
jika lurus ianya akan terlalu curam kerana ketinggian bukit / gunung... dengan cara berliku seperti ini kecuraman jalan dapat dikurangkan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|