Sumber IG
Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mengakui dirinya tertekan untuk mencari pasangan hidup.
Sejak kisah cintanya dengan Datuk Seri Vida kecundang di tengah jalan, jejaka itu sehingga kini masih belum mempunya pengganti.
Perkara itu didedahkan menerusi Instastory menjawab pertanyaan netizen yang ingin mengetahui status terkininya.
"Kadang-kadang saya stres fikir tentang jodoh. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu tetapi pasangan hidup, ia tak semudah itu.
"Menemui orang yang jujur, sanggup susah senang dan boleh terima segala kekurangan, ia tidak mudah," katanya.
Bekas peserta Big Stage 2022 itu juga mengakui ada masanya dia menangis kerana terlalu memikirkan hal tersebut.
"Orang ramai bertanya, 'Iqbal bila nak kawin? Iqbal dah ada semua kenapa tak kawin. Iqbal, kawin sajalah'.
"Kadang-kadang, saya menitiskan air mata di tengah malam. Tolong doakan saya ya," coretnya.
Terdahulu, Iqbal, 28, pernah merancang untuk meminang Vida, namun hubungan itu berakhir disebabkan timbul konflik antara mereka. - CARI
|