CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 1

[Pulau Pinang] PWEMP 3.0 bantu usahawan wanita Pulau Pinang bangkit, tingkat pendapatan

[Copy link]
Post time 24-6-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode
PWEMP 3.0 bantu usahawan wanita Pulau Pinang bangkit, tingkat pendapatan

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Jun 24, 2022 @ 11:38am  bhnews@bh.com.my


GEORGETOWN: Kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang melancarkan Program Mentor Usahawan Wanita Pulau Pinang 3.0 (PWEMP 3.0) sebagai platform kepada golongan sasar itu membina rangkaian dan sistem sokongan melalui bimbingan usahawan berpengalaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Chong Eng berkata, program memperkasakan wanita untuk menjadi usahawan berdikari dan berkeyakinan itu menarik lebih 100 peserta dan menunjukkan purata peningkatan pendapatan sebanyak 30 peratus tahun lalu.

"Statistik terkini SME Corporation Malaysia (SME Corp) menyatakan hanya 16 peratus atau 10,516 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini dimiliki wanita.

"Pulau Pinang menyasarkan 40 peratus atau dianggarkan meliputi 100,000 usahawan wanita berdaftar pada 2030 dengan program itu satu daripada platform disediakan untuk mencapai matlamat terbabit," katanya selepas melancarkan PWEMP 3.0 di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) hari ini.

Chong Eng berkata, program itu terbuka kepada penduduk Pulau Pinang berusia 18 tahun ke atas sama ada mempunyai perniagaan berdaftar atau tidak berdaftar dengan kelas akan diadakan secara fizikal selama empat bulan bermula Ogos hingga November ini.

Beliau berkata, PWEMP 3.0 menerima sokongan daripada organisasi seperti Dewan Perniagaan Wanita Pulau Pinang, Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) Pulau Pinang, Pertubuhan Pembangunan Wanita Tamarai Pulau Pinang, WomenBizSense dan Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia.

Katanya, organisasi berkenaan berkolaborasi sebagai jawatankuasa kerja dan teknikal termasuk menyelaraskan modul, merekrut mentor dan peserta sekali gus menjadikan PWEMP 3.0 program mampan untuk membantu usahawan wanita baharu mampu bersaing dalam pasaran.

"Tahun ini PWEMP 3.0 bekerjasama dengan dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Wanita PRIHATIN Pulau Pinang dan Pertubuhan IKRAM Pulau Pinang dengan masing-masing memfokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan membabitkan kumpulan B40, asnaf dan golongan kurang berkemampuan di negeri ini," katanya.

Dalam pada itu, Chong Eng berkata, data Jabatan Perangkaan menunjukkan Indeks Jurang Gender (GGI) dalam sektor ekonomi di Pulau Pinang masih dianggap lebar iaitu 0.713 atau 71.3 peratus dengan skor 1.0 (100 peratus) menunjukkan kesaksamaan gender dicapai.

Justeru, katanya kerajaan negeri mengambil inisiatif merapatkan jurang gender dengan membabitkan golongan itu antaranya menerusi program Wanita Jana Rezeki, Bengkel Digital Ekonomi dan 'Beez Pitching' dalam usaha meningkatkan penyertaan wanita dalam perniagaan," katanya.




Chong Eng (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Ong Bee Leng (kanan) beramah mesra bersama usahawan wanita selepas melancarkan PWEMP 3.0. - NSTP/Mikail Ong










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2022 12:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.065112 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list