CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Pulau Pinang] MAFI pantau bekalan ayam di ladang

[Copy link]
Post time 23-6-2022 06:25 PM | Show all posts |Read mode
MAFI pantau bekalan ayam di ladang

Jun 23, 2022 @ 5:25pm



Ahmad (kiri) menyampaikan nanas percuma kepada pengunjung Penang FAMA Fest 2022 hari ini. NSTP/DANIAL SAAD



BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memantau pengeluaran ayam di peringkat ladang bagi memastikan tidak berlaku gangguan bekalan ternakan itu sehingga boleh menyebabkan peningkatan harga mendadak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata MAFI juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya sehingga membebankan pengguna.

"Kerajaan buat keputusan tidak boleh sentiasa menanggung subsidi (untuk penternak ayam) sebab itu daripada bagi subsidi kepada penternak, kita bagi bantuan terus kepada pengguna...harga ayam akan diapung oleh penternak dan peniaga bermula 1 Julai ini selepas subsidi tidak diberikan kepada mereka.

"Namun di peringkat MAFI, kami akan pantau perkara itu termasuk di ladang dan akan mengambil tindakan jika harga jualan ayam (dinaikkan) sewenang-wenangnya...kami juga mengambil langkah bersiap sedia untuk membawa masuk 200 kontena ayam bulat bagi menampung bekalan dan memastikan harga tidak dinaikkan," katanya selepas merasmikan Penang FAMA Fest 2022, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Zainal Abidin Yang Razali.

Ahmad berkata, selain itu, MAFI sudah beberapa kali menjalankan pertemuan dan perbincangan dengan pihak penternak untuk mencari jalan terbaik serta situasi menang-menang dalam isu harga ayam dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan, pihaknya mendapati sejak minggu kedua Jun lalu, bekalan ayam stabil dan dijangka terus kekal berikutan jumlah pengeluaran ayam semakin meningkat ketika ini.

Katanya, berdasarkan tahap sara diri (SSL) untuk ayam ketika ini, bekalan ayam melepasi permintaan antara 104 hingga 105 peratus dan ketika ini bekalan ayam yang dikeluarkan ialah 60 juta tan ayam sedangkan permintaan hanya 54 juta tan.

"Kita sepatutnya mempunyai lebihan bekalan ayam, namun disebabkan beberapa keadaan tidak dijangka mengalami kekurangan sebelum ini. Banyak langkah juga diambil kerajaan termasuk memastikan stok ternakan ayam mencukupi.

"Dengan semua langkah ini dilaksanakan, keadaan kembali normal dan kami tidak menjangka kenaikan harga mendadak walaupun subsidi dihapuskan mulai bulan depan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi memastikan bekalan ayam mencukupi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan MAFI, melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk melaksanakan beberapa inisiatif.

"Kami juga memperuntukkan RM62.5 juta kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk menyimpan stok ayam dan ini sudah bermula," katanya. -BERNAMA






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.477320 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list