CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Kedah] Sindiket seludup PATI guna feri penumpang

[Copy link]
Post time 23-6-2022 02:45 PM | Show all posts |Read mode

Tujuh PATI warga Myanmar yang cuba diseludup menggunakan feri penumpang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Langkawi. - Foto NSTP/Ihsan Maritim Malaysia

LANGKAWI: Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan menggunakan feri penumpang bagi menyeludup PATI masuk ke negara ini berjaya dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata modus operandi terbaharu itu didapati digunakan selepas pihaknya menahan tujuh PATI warga Myanmar kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, tujuh PATI berusia antara 22 dan 40 tahun dikesan dihantar tekong darat menaiki feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah.

"Pasukan operasi kemudian memintas dan menahan feri penumpang terbabit pada kedudukan 0.4 batu nautika Timur Laut Pulau Dayang Bunting pada jam 4.40 petang.

"Pemeriksaan menemukan tujuh PATI warga Myanmar tidak memiliki dokumen pengenalan diri berada di atas feri sebelum menahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di Pejabat Maritim Malaysia di Bukit Malut di sini, hari ini.

Romli berkata, hasil koordinasi maklumat, pasukan operasi di darat telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dipercayai tekong darat ketika sedang bergerak dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) meninggalkan terminal feri.

"Kejayaan itu membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun, dipercayai rakan kepada tekong darat yang ditahan sebelum itu, selepas cuba memberi suapan kepada pegawai Maritim Malaysia, sehari selepas kejadian.

"Siasatan awal mendapati, setiap PATI membayar antara RM5,000 hingga RM8,000 kepada dalang untuk dibawa masuk ke negara ini," katanya.

Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, manakala dua lelaki tempatan disiasat mengikut Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
https://www.bharian.com.my/berit ... guna-feri-penumpang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.061248 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list