CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5588|Reply: 27

Nak tuntut harta sepencarian

[Copy link]
Post time 22-9-2010 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Tadi kawan saya call nangis-nangis dia nak tanya pendapat saya, tapi saya pun x tau nak nasihat mcmana sbb saya x ariff bab cerai berai ni..

Ceritanya camni.... kawan sy dah kahwin ngan mamat ni 17 tahun, pastu mereka bercerai, mamat ni pun kahwin lain, but 9 months after that mamat ni meninggal dunia....  Masa masih berkahwin dengan kawan saya ni, mamat ni ada beli rumahlah di Subang Jaya, so bile mereka bercerai dia x buat tukar nama & my fren pun x bother nak tuntut harta sepencarian... tapi hari ni dia dapat tahu, wife baru tu dah tukar nama rumah tu ke nama dia... so dia frust sangat x dapat apa-apa, anak-anak pun x dapat apa-apa.. dia kata x sangka wife baru nak buat camtu...

pada yang arif boleh x bagi pendapat so that I boleh tolong my fren ni nak buat camna, dia menangis sehari suntuk kat ofis sampai pengsan sbb terlalu sedih... dahlah suami kene kebas, harta pun x dapat....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 04:51 PM | Show all posts
sungguh bijak wife baru itu.

nak tuntut, kena ada bukti. kalau ada bukti, boleh la bukak kes. tapi, nak bukak kes, kena ada duit.

itu ajer komen saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 04:54 PM | Show all posts
dia mampu sbb dia bekerja cuma x tau camna nak buat jer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:57 PM | Show all posts
tanya pd loyer  
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:58 PM | Show all posts
tapi hari ni dia dapat tahu, wife baru tu dah tukar nama rumah tu ke nama dia... so dia frust sangat x dapat apa-apa, anak-anak pun x dapat apa-apa.. dia kata x sangka wife baru nak buat camtu...
Arry Post at 22-9-2010 16:41


salah ayat ini.

patutnya pikir - x sangka laki tu nak buat camtu. dah kawen 17thn, satu habuk pun takder nak bagi kat bini lama?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:58 PM | Show all posts
kalau takder wasiat..mcm susah jerk aku rasa..everything mesti rujuk kat wasiat si arwah suami tuh..-_-"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2010 04:58 PM | Show all posts
mintak ur friend buat land search atau carian tanah kat pej tanah. kalau betul nama kat geran tanah tu nama wife dia then tak le nak buat apa. if belum lagi boleh apply caveat/ halang wife dia tukar nama sbb harta rian is harta semasa dalam perkahwinan. any harta yang dibeli dalam perkawinan is her right..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:08 PM | Show all posts
kenapa lps cerai x tuntut harta sepencarian?
kang dh susah skrg....
tanya lawyer jek la apa boleh buat



patut lps sah bcerai kena buat ini...

1) tuntut nafkah eddah dan mutaah
2) tuntut nafkah terkebelakang (if gagal beri nafkah dulu)
3) tuntut harta sepencarian
4) tuntut hadhanah/nafkah anak (if anak masih kecil)

jumlah tuntutan = letak jek RM1billion
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 05:13 PM | Show all posts
kenapa lps cerai x tuntut harta sepencarian?
kang dh susah skrg....
tanya lawyer jek la apa boleh  ...
afja Post at 22-9-2010 17:08



    suka sukaa ajekkk rm1billion....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:13 PM | Show all posts
mintak ur friend buat land search atau carian tanah kat pej tanah. kalau betul nama kat geran tanah  ...
nuryakmal Post at 22-9-2010 16:58



    kalau leasehold mcm mana pn loyer?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:16 PM | Show all posts
Reply 9# Hana


alang2 nk tuntut kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:19 PM | Show all posts
rumah tu dulu dua nama ke?
kalau dua nama.... masih sempat lg kot nk fight...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:26 AM | Show all posts
g mahkamah!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:27 AM | Show all posts
leasehold atau freehold tak de masalah. sbb dalam NLC s 386 said ANY register of title.. tapi just nak cakap.. peruntukan agama antara negri2 tak sama.. so since this is a matter of harta sepencarian, u better go to a syarie lawyer atau pej agama...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:35 AM | Show all posts
klu  la sang suami b4 mati dh tukar ke nama sang isteri baru..
alamatnya.. susah lah nk dpt..kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 10:37 AM | Show all posts
Di bawah Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 “harta sepencarian” ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Berdasarkan takrif yang diperuntukan, bolehlah difahami bahawa harta sepencarian termasuklah harta samada harta alih atau tidak alih yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama dan bukannya daripada satu pihak sahaja semasa perkahwinan. Harta yang dikumpul selepas perceraian atau kematian tidaklah boleh dianggap sebagai harta sepencarian.

Bagi tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah, ia boleh dilaksanakan dalam tiga keadaan iaitu tuntutan selepas perceraian, tuntutan semasa perkahwinan dan juga tuntutan selepas kematian.

Tuntutan selepas perceraian
Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 misalnya memperuntukkan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian apabila mahkamah itu membenarkan lafaz cerai atau perintah perceraian. Oleh itu, mahkamah hanya berbidangkuasa membicarakan kes harta sepencarian di mahkamah di negeri di mana perceraian berlaku dan didaftarkan.

Tuntutan harta sepencarian semasa tempoh perkahwinan
Seksyen 23(10)(b) memperuntukan bahawa isteri boleh memohon perintah daripada mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian harta sepencarian sebelum permohonan poligami disahkan. Malah Seksyen 119(11) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 menyebut bahawa sebelum Mahkamah mengesahkan keluar agama, satu perintah untuk membahagikan harta sepencarian hendaklah dilaksanakan. Kedua-dua peruntukan tersebut berkaitan dengan permohonan poligami dan juga keluar agama Islam.

Tuntutan selepas kematian
Tiada peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah membahagikan harta sepencarian sekiranya akibat kematian, namun fatwa negeri Selangor menjelaskan bahawa jika berlaku kematian, maka pihak yang hidup boleh memohon pengisytiharan harta sepencarian sebelum harta itu menjadi harta pusaka. Jadi pihak itu perlu membuktikan bahawa sebahagian harta itu adalah harta sepencarian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 10:37 AM | Show all posts
so ur fren daftar kawen kat mana sbb dif state ada dif governing islamic law...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:09 AM | Show all posts
Reply 16# nuryakmal


kalau ikut sbb yg ketiga... boleh la fight kan.... eben pun dh tukar nama kpd isteri baru...

cuma perlu buktikan kwn TT ni ada sumbangan dlm pembelian rumah tu...
dan perlu buktikan rumah tu dibeli semasa perkahwinan beliau dgn simati...

betul x puan loyer?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:27 AM | Show all posts
thats y ai mintak buat carian tanah /land search kat pej tanah.. so dapat tau tanah tu atas nama siape..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 05:55 PM | Show all posts
bab2 nie aku x berapa tahu sangat lah..
tapi tumpang simpati lah kat tt..sabar lah erk..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.170593 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list