CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1149|Reply: 9

Algoritma Buktikan Robert Pattinson Lelaki Paling Menarik Di Dunia

  [Copy link]
Post time 22-6-2022 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Satu analisis sains membuktikan bahawa Robert Pattinson merupakan lelaki paling menarik di dunia, lapor laman berita LadBible.


Selepas melakonkan watak Cedric Diggory menerusi filem Harry Potter and the Goblet of Fire, Pattinson menarik perhatian dunia apabila membintangi siri filem Twilight sebagai Edward Cullen.


Terbaharu, aktor kelahiran London itu kembali ke layar perak menerusi filem The Batman.




Alamy




Pattinson diberi gelaran sebagai lelaki paling tampan di dunia pada tahun 2020 dan sejak itu, dia belum pernah disingkirkan dari kedudukan teratas.


Gelaran itu diberikan selepas sebuah algoritma yang menyusun ciri-ciri wajah yang berbeza telah menganalisis selebriti-selebriti Hollywood termasuk Ryan Gosling, Idris Elba, Brad Pitt dan Henry Cavill.


Skor yang dicatatkan oleh Pattinson adalah sebanyak 92.15 peratus. Dia berjaya menewaskan bintang-bintang lain termasuk Henry Cavill (91.64 peratus), Bradley Cooper (91.08 peratus), Brad Pitt (90.51 peratus) dan George Clooney (89.91 peratus).


Analisis itu dinilai menggunakan Nisbah Emas oleh Beauty Phi, satu kaedah pengiraan yang berasal dari era Renaissance Eropah.


“Robert Pattinson ialah pemenang yang jelas apabila semua elemen wajahnya diukur memiliki kesempurnaan fizikal,” ulas pakar dari Pusat Pembedahan Kosmetik Muka, Dr. Julian De Silva.


Beliau menjelaskan bahawa Pattinson berada di kedudukan lima teratas untuk hampir semua kategori kerana ciri-ciri wajahnya berbentuk klasik dengan rahang yang tajam.


“Satu-satunya skor di bawah purata adalah untuk bibirnya yang sedikit nipis dan rata,” jelas De Silva.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
okay boleh inject sikit la bibir tu bg kembung. jgn lebih2 buat sikit sikit jah okay. bg aku tom kurus tetap no 1 ni mataku
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp malas mandi… kepam bau hanyir ikan kembung
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 09:59 AM | Show all posts
tapi tetap nampak kepham, busuk & kayu kayan jugak. Beauty Phi punya ratio tu kalau morph dekat orang paling cantik pun dia akan jadi aneh proportion muka dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Apemende nak pakai algoridem bagai...ko tgok je muke org tu dalam hati terdetik hensem maka hensem lah org tu....taste org tak sama.....sedangkan software dia tu pon mcm taste lebih ke belah holywood sane mcm mane boleh klaim 'di dunia'
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Henry Cavill Okey lagi....tapi Robert pattinson???? Eeeeeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2022 12:25 PM | Show all posts
kadang algorithm tak agree dgn pandangan mata ku..

come on, i suka ja rpatz, tp banding dgn henry calvill? henry tu i tgk gambar ja dh tersiput2. Kalau depan mata mau pengsan..haha

Mata i pulak tak sama dgn mata org lain..so sudah2la analisis tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel ni anak beranak dgn artikel Amber kat current isssue ke? Dua2 tak dimata iols, tak kira ler guna algorithm theory ke apa2 teori secara santifik, math, yg menilai mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon laki ok skt la dr acik Amber tu.. lgpun dia ni pelakon gred A.. walaupun x suka mandi tp x de la perangai hauk mcm Amber..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ketahian apakah
kalau alain delon time muda jadik pelakon sekarang
kalah bertiang tauuu acik Robert ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069451 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list