CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Perlis] Padah hina Raja

[Copy link]
Post time 22-6-2022 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh, Muhamad Basri Shah Rohani@Mahadi (tiga dari kanan, berpelitup muka warna merah jambu dan berkemeja T warna kelabu) dibawa keluar dari lokap Kompleks Mahkamah Kangar oleh anggota polis yang bertugas. FOTO AIZAT SHARIF

Kangar: Padah kerana membuat kenyataan dalam media sosial menghina Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, seorang pembantu kedai runcit dipenjara setahun serta didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah aras kesalahan berkenaan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhamad Basri Shah Rohani@Mahadi, 31 dari Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati mengeluarkan kenyataan melalui Facebook Basri Shah dengan menyebut kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Perbuatan tertuduh itu disedari berlaku di Hotel Seri Malaysia, Kangar sekitar jam 1.45 tengah hari pada 22 Mac lalu.

Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama dimana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Nur Iman Nur Azmi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Nur Azmi dalam rayuannya yang mewakili tertuduh memohon mahkamah supaya menjatuhkan satu hukuman denda yang paling minimum kepada tertuduh memandangkan ini adalah kesalahan pertama tertuduh serta pengakuan bersalah tertuduh dan usahanya untuk hadir sendiri ke mahkamah dari Kelantan ke Perlis dilihat banyak menjimat masa dan kos perbelanjaan mahkamah.

Malah, Nur Azmi juga menyatakan bahawa tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap selain terpaksa menanggung tiga ahli keluarga iaitu ibu dan bapanya yang mempunyai penyakit kencing manis dan sakit jantung serta isterinya yang sedang enam bulan hamil.

Selain itu, tertuduh sudah insaf dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan selain kenyataan itu juga tidak mengakibatkan berlakunya rusuhan dan ancaman keselamatan atau mengganggu ketenteraman awam di negara ini.

Mohd Nordin dalam hujahan balasnya memohon mahkamah supaya memberikan satu hukuman berat kepada tertuduh sebagai pengajaran kepadanya memandangkan kes berkenaan membabitkan kepentingan awam yang menyentuh institusi agama negeri yang berada di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis dan Mufti Perlis.

Malah, dalam hujahnya juga menyebut isu agama dimainkan oleh tertuduh memberikan impak besar dalam masyarakat dan perbuatan menyebarkan fitnah seperti ini adalah berat.

Musyiri kemudian menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM5,000 serta tambahan penjara lima bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Pada 23 Mac lalu, bekas Exco Perlis, Datuk Ahmad Bakri Ali, membuat laporan polis di Balai Polis Kangar berhubung tindakan suspek yang menggunakan nama 'Basri Shah', memuat naik hantaran berunsur penghinaan dan tidak beradab menerusi laman Facebook terhadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Mohd Asri.

Beliau berkata, tindakan lelaki berkenaan dilihat sengaja mahu memperlekehkan, menjatuhkan maruah serta memalukan Raja Perlis dan Jabatan Mufti Negeri Perlis.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/854501/padah-hina-raja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056471 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list