View: 788|Reply: 6
|
Sakit Setiap Hari, Budak Lelaki Dah Patah 100 Tulang Sejak Lahir
[Copy link]
|
|
UTTAR PRADESH: Seorang kanak-kanak lelaki di sini pernah mengalami patah 100 tulang sejak dia dilahirkan berikutan menderita penyakit tulang rapuh yang serius.
Lapor Daily Mail, Rohit yang berusia 12 tahun mendapat jolokan ‘tulang kaca’ daripada penduduk setempat kerana masalah yang dihadapinya.
Tahap kerapuhan tulang Rohit amat kritikal sehinggakan tulangnya boleh patah jika tersalah sentuh.
Foto: Daily Mail
Keadaannya itu menyebabkan Rohit tidak dapat menikmati kehidupannya seperti kanak-kanak lain, malah tumbesarannya juga terbantut iaitu mempunyai berat 15 kilogram dan setinggi 43 sentimeter.
Rohit tidak mampu melakukan aktiviti hariannya tanpa bantuan ibunya.
Sejak dilahirkan, Rohit pernah patah 100 tulang dengan purata lapan tulang patah setiap tahun.
Keadaan fizikal Rohit tidak membolehkannya menghadiri sekolah, menyebabkan kakaknya mengajar dia membaca serta mengira di rumah, selain perlu menanggung kesakitan setiap hari.
Biarpun fizikalnya tidak sempurna, Rohit bercita-cita untuk menjadi penyanyi apabila dewasa kelak.
Sehingga kini, tiada ubatan khusus untuk merawat penyakit tulang rapuh selain meningkatkan perlindungan dan menguatkan tulang. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
anak kawan kita pun mcm ni. tiada ubat. pantang tersentuh kuat sikit, samada retak @ patah. Gi sekolah dulu berdukung je sampai besar. Alhamdulillah dah graduate dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Osteogenesis imperfecta (OI) is an inherited (genetic) bone disorder that is present at birth. It is also known as brittle bone disease. A child born with OI may have soft bones that break (fracture) easily, bones that are not formed normally, and other problems. Signs and symptoms may range from mild to severe. |
|
|
|
|
|
|
|
Mr. Glass
|
|
|
|
|
|
|
|
bila dah besar still sama ke.?
or tulang dia dah kuat sikit time besar
|
|
|
|
|
|
|
|
sama je.. tiada perubahan. Dah graduate dah budak tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|