CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 5

Mental Hafreez Adam Semakin Okay, Dah Tak 'Koyak'

  [Copy link]
Post time 21-6-2022 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Pernah berkongsi mengenai kesihatan mental yang dialami, pelakon Hafreez Adam bersyukur kerana ia tidak memberi impak negatif terhadap kerjaya lakonannya.


Sering membawakan watak berat sarat emosi, Hafreez berkata, persekitaran penggambaran lebih memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kesihatan mentalnya.


Foto: IG




"Alhamdulillah. Walaupun membawa watak berat tetapi ia tidak pernah memberikan kesan negatif terhadap emosi saya. Benar, saya pernah berdepan dengan kesihatan mental, namun ada cara bagi menanganinya.


"ersekitaran di tempat penggambaran dan barisan artis yang terbabit juga banyak memainkan peranan. Jika bawa watak yang ringan pun, namun persekitaran negatif pun tak boleh juga," katanya kepada Harian Metro.




  



Terdahulu, Hafreez berkongsi pernah berdepan fenomena 'mental koyak' ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.


Menerusi perkongsian berkenaan, dia yang tinggal berasingan dengan keluarga tidak dapat mengawal kerinduan terhadap ibunya.


Bercerita perkembangan terbaru, Hafreez kini terbabit dengan penggambaran filem psiko thriller terbitan AN Universal yang menjalani penggambaran di Pulau Carey, Klang dan Kuala Lumpur.


Selain Hafreez, filem arahan Amor Rizan ini turut menampilkan Sharifah Sakinah, Janna Nick, Hariz Hamdan, Amy Nurtinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan dan ramai lagi.




  



"Saya menjayakan watak sebagai teman lelaki kepada salah seorang watak utama filem ini. Penggambaran kebanyakannya pada sebelah malam dan habis lewat pagi.


"Filem ini membabitkan sekumpulan pelajar sekolah yang pernah buli seorang pelajar lain. Apabila habis sekolah berlaku balas dendam terhadap mereka," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 09:21 AM | Show all posts
dia ni nampak macam kepam sikit la kannn....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh 172 view ni. Tapi sorang je komen. Ok kita tambah 1 jadi 2 la
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Baguslah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:46 AM | Show all posts
tambah juga +1
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:52 AM | Show all posts
Tambah lagi 1 komen walau tak minat dia ni
Tapi time pkp semua orang kot tertekan & terkesan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.200224 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list