|
SUSPEK (tengah) dibawa ke Kompleks Mahkamah Sungai Petani. FOTO Izad Tjaqif Hassan
Sungai Petani: Suspek dipercayai menyeksa kucing dengan menendang dan membaling batu kepada haiwan terbabit direman tiga hari, bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.
Suspek direman mengikut Seksyen 428, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, suspek yang berbaju T merah dan berseluar panjang gelap tiba di kompleks mahkamah dengan tangan bergari dan menutup wajahnya ketika dirakam kamera.
Semalam, video rakaman kamera litar terutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan suspek terhadap dua kucing di kaki lima kedai di Semeling tular di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dera-kucing-direman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|