CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sindiket laku khianat, along, pemberian pinjaman tidak wujud dibongkar

[Copy link]
Post time 20-6-2022 02:30 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (dua dari kanan) menunjukkan buku nota bertulis, 27 unit telefon bimbit dan 3 buah komputer riba berjaya menumpaskan kumpulan Geng Jackson yang melakukan khianat dan menawarkan aktiviti pinjaman wang tidak wujud pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini. FOTO MIKAIL ONG

Georgetown: Bukan sahaja didapati melakukan aktiviti khianat dan along, satu sindiket turut dikesan menawarkan pinjaman tidak wujud.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket itu berjaya dibongkar hasil serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sebuah kondominium mewah di kawasan Perda, Bukit Mertajam di sini, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, menerusi serbuan yang dijalankan pada 12.45 tengah hari itu, polis turut menahan 13 individu warga tempatan berusia 19 hingga 30 tahun kerana disyaki terbabit dengan aktiviti terbabit.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam mengenai aktiviti khianat seperti simbah cat dan ugutan jenayah.

"Kesemua suspek itu terdiri daripada sembilan lelaki dan empat perempuan berasal dari beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Sabah.

"Seramai tiga daripada suspek didapati mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily berkata, serbuan itu turut merampas 27 unit telefon bimbit, tiga komputer riba, sebuah Perodua Myvi dan 10 buku nota tercatat nombor telefon, nombor akaun mangsa serta skrip dipercayai bagi memperdaya mangsa.

Menurutnya, modus operandi sindiket berkenaan adalah mengiklankan pinjaman menerusi media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ahli sindiket kemudiannya akan berhubung dengan mangsa yang tertarik dengan iklan itu dan memperdaya dengan meminta sejumlah bayaran sebagai yuran pemprosesan.

"Siasatan mendapati kesemua suspek turut terbabit dengan sindiket pinjaman tidak wujud dengan mengutip yuran pemprosesan tanpa pinjaman.

"Mereka bergerak aktif sejak 2021 di Pulau Pinang dan kita percaya dengan tertangkap kesemua suspek, polis dapat merungkai sindiket penipuan ini," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati sebanyak 132 laporan polis diterima berkaitan aktiviti kumpulan berkenaan yang membabitkan semua negeri.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dak-wujud-dibongkar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.119894 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list