CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 911|Reply: 5

Kaca Mata Dirampas, Pipi Anak Merah Macam Kena Lempang - Ibu Bengang Sekolah 'Back Up' Murid Pembuli

[Copy link]
Post time 17-6-2022 11:41 AM | Show all posts |Read mode




Hati ibu mana yang tidak remuk apabila menerima perkhabaran mengenai anaknya yang menjadi mangsa buli di sekolah. Lebih memeritkan apabila aduan sudah dibuat namun pihak sekolah masih tidak mendiamkan diri dan belum membuat apa-apa tindakan.

Memetik laporan mStar, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Faa mendakwa anaknya, Muhammad Umar, 7, ditampar oleh rakan sekelasnya yang sama-sama beratur ketika perhimpuan sekolah.


Katanya, kejadian anak istimewanya dibuli itu telah dimaklumkan oleh anak sulungnya, Muhammad Adam yang berusia lapan tahun selepas pulang dari sekolah.





"Anak nombor dua tu ada masalah disleksia dan ADHD (attention deficit hyperactivity disorder). Bukan itu saja, tahap rabun mata dia pun tinggi, kena pakai cermin mata power sampai 300. Jadi, dia memang tak boleh tengok dengan jelas kalau tak pakai cermin mata.


"Hari tu balik rumah, si abang cerita adik kena buli dengan kawan dekat sekolah. Kawan dia ambil cermin mata dia pakai tu buat main. Saya tengok pipi kanan dah merah macam bekas kena lempang," kata Faa.


Cuba mengawal emosi, Faa kemudian bertanya kepada anaknya itu untuk mendapatkan kepastian adakah insiden itu berlaku disebabkan dia yang terlebih dahulu mencetuskan kemarahan rakannya itu.


Kata Faa yang menetap di Selangor, anaknya menafikan perkara itu dan sudah pun mengadu dibuli oleh rakannya. Faa juga mengambil tindakan dengan berjumpa kepada penyelia petang di sekolah terbabit.


"Anak saya cerita dia cuma teguer pembuli jangan potong barisan tapi cermina mata anak saya diambil. Bila cikgu nampak, dia (pembuli) stop. Tapi, lepas cikgu dah tak tengok, dia terus lempang Umar. Saya tanya dia nama budak tu tapi dia tak ingat sebab ada disleksia.





"erkara seperti ini tak sepatutnya berlaku. Saya dapat tahu murid yang buli anak saya itu dah pernah buli orang lain juga. Penyelia petang juga pernah jumpa mak ayah budak ni dulu. Alasan kenapa budak tu jadi macam tu sebab dia datang dari 'broken family'. Ibu bapa dia dah bercerai dan ibu murid tu OKU.


"Saya marah semula pengetua tu sebab alasan dia berikan tak boleh diterima yang budak tu dari keluarga bermasalah membolehkan dia buli orang lain sesuak hati," katanya.







Kata Faa lagi, sekiranya perkara itu sekali lagi berlaku ke atas anaknya, dia tidak akan teragak-ahak untuk membuat laporan polis, menyaman pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


"Anak-anak saya dibesarkan oleh single mother (merujuk pada dirinya) juga tetapi tak ada pula dia pergi tumbuk orang lain," katanya. -CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 03:27 PM | Show all posts
bagitau je nama sekolah. tak payah sorok-sorok

dulu kami kena buli sampai kes report polis jugak

sebelum report polis, inform cikgu dan pengetua, takde tindakan
lepas report polis, pengetua, guru penolong kanan, guru disiplin, semua kelam kabut datang pujuk, suruh tarik balik report. sebab apa? "DEMI NAMA BAIK SEKOLAH".
babih punya jawapan. kitorang proceed dengan polis report. setelah siasatan, sorang dibuang sekolah. yang lain digantung.

tapi tu la, lepas kes tu. buli tetap berjalan. indirectly. sabotaj, curi, rosakkan kerusi meja, buku kena koyak, etc. cikgu pulak seolah-olah tutup mata, pekakkan telinga, biar buli berterusan.

aku sampai sekarang zero tolerance dengan kaki buli ni
dan memang kaw-kaw benci dengan puak cikgu yang defend pembuli ni.
"Fikirlah masa depan dia."
hoi, masa depan mangsa buli yang kau tutup mata selama ni takde pulak kisah?
dah kes polis tiba-tiba jadi cikgu mithali terpaling sayang anak murid? jilake

SPM abang aku hancur sehancur-hancurnya, sebab pegi sekolah tapi tak boleh belajar, tambah trauma lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 06:03 PM | Show all posts
Memang tunggu depan pintu sekolah kalau berlaku dengan my daughter..

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadilah kau orang slave socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 17-6-2022 03:27 PM
bagitau je nama sekolah. tak payah sorok-sorok

dulu kami kena buli sampai kes report polis jugak

Sis.. jawapan very simple pgtua bg kat aku.. aku sbg ckgu pun kena buli dgn bebudak jahak tu sis.. tp masalahnya budak jahak ade 20 orang yg baik ade 10 org.. pgtua akan ckp takkan kita nak buang 20 org.. haa gittewla citenya
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 01:59 PM | Show all posts
Adrif replied at 17-6-2022 03:27 PM
bagitau je nama sekolah. tak payah sorok-sorok

dulu kami kena buli sampai kes report polis jugak

true story ka?

kt sek anak aku takat nie buli skit2 je...boleh tolerate lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067025 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list