CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1838|Reply: 6

Kim Kardashian rosakkan gaun ikonik Marilyn Monroe

[Copy link]
Post time 17-6-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode

KIM Kardashian (kiri) ketika memperagakan gaun ikonik milik Marilyn Monroe yang pernah dipakai legenda itu pada 1962.

Kim Kardashian rosakkan gaun ikonik Marilyn Monroe

BINTANG realiti terkenal Kim Kardashian berdepan kontroversi panas apabila dia didakwa merosakkan gaun ikonik Marilyn Monroe yang digayakan pada majlis fesyen, Met Gala bulan lalu.

Menerusi foto dan video yang dimuat naik oleh pengarah kreatif, Chad Michael, Christian Morrisette yang membantu usaha Ripley’s mendapatkan gaun itu untuk dipamerkan di Ripley’s Hollywood juga mengundang kemarahan ramai.

“Gaun ini ada sebahagian hidup dan hati saya. Melihat Kim merosakkan gaun ini sungguh mengecewakan,” tulisnya dalam Instagram.

Salah seorang pengumpul barangan Marilyn Monroe, Scott Fortner pula menegaskan, Kim telah membuat kerosakan kekal pada gaun yang dianggarkan bernilai AS$5 juta (RM22 juta) itu kerana beberapa buah kristal didapati hilang.

Selain kristal yang hilang jelas kelihatan bahagian belakang gaun tersebut rosak dengan fabriknya hampir tercarik.


KEADAAN sebelum dan selepas gaun Marilyn Monroe yang dipinjam Kim untuk dipakai ketika menghadiri Met Gala bulan lalu.

Setakat ini, pihak Kim dan Ripley’s masih belum memberi sebarang komen berhubung isu gaun tersebut.

Selain harga yang tinggi, gaun asal milik Monroe itu cukup terkenal kerana nilai sejarahnya.

Bintang legenda itu memakai gaun berkenaan ketika menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran kepada presiden ke-35 Amerika Syarikat President iaitu John F. Kennedy pada 19 Mei, 1962.

Justeru, gaun rekaan Jean Louis itu juga dikenali dengan nama gaun Happy Birthday Mr. President.

Selain ahli sejarah, pembantu Louis yang kini seorang pereka fesyen, Bob Mackie juga tidak bersetuju dengan keputusan Ripley’s membenarkan Kim memakai gaun tersebut.

Dia yang membuat lakaran gaun tersebut menyifatkan keputusan Ripley’s adalah satu kesilapan yang besar kerana gaun tersebut direka khas buat Monroe dan tidak sepatutnya digayakan oleh orang lain.

Terdahulu, Kim dikatakan sanggup menurunkan berat badannya sebanyak tujuh kilogram dalam masa hanya tiga minggu demi memakai gaun ikonik itu. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... nik-marilyn-monroe/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kim kan mok²..x sesuai btul
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 08:13 PM | Show all posts
60 thn bertahan , akhirnya carik jugak. Takziah baju huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 01:29 AM | Show all posts
Huhu akak ni kan selalu jadi terpaling diperkatakan org smpai sggup bgi dia pakai bju Marilyn Monroe....ambil masa 3 minggu untuk kurus tapi punggung maintain serupa tu jgk...mananya baju tak carik
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak wow pun masa dia pkai dress tu.. banyak org condemn . Habis la value dress tu jatuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2022 03:19 AM | Show all posts
Why let her wear the dress in the first place??? So stupid. Now want to complain for what???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2022 03:20 AM | Show all posts
This dress is a classic dress. It should have been kept in the museum instead of letting the fat-ass Kim Kardashian ruin the entire dress.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058351 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list