Edited by boca120879 at 29-6-2022 02:15 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Muhammad bin Yusuf, diceritakan oleh Al Awza'iy, daripada Yahya bin Abi Katsir, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda,
"Jika panggilan solat (azan) dikumandangkan, maka syaitan akan lari sambil mengeluarkan kentut supaya tidak mendengar suara azan tersebut.
Apabila panggilan azan telah selesai, maka syaitan kembali.
Dan bila iqamat dikumandangkan, syaitan akan berlari lagi.
Dan jika iqamat telah selesai dikumandangkan, syaitan kembali lagi untuk mengganggu seseorang di antara dirinya dan jiwanya lalu berkata, "Ingatlah ini dan itu."
Sehingga orang itu tidak menyedari, sama ada tiga (3) atau empat (4) rakaat solat yang sudah dikerjakannya.
Apabila dia tidak tahu tiga (3) atau empat (4) rakaat, maka sujudlah dua (2) kali sebagai sujud sahwi."
(Hadith Bukhari no. 3043)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|