CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2043|Reply: 21

Aina Abdul Gementar Ramai Selebriti Terkenal Bakal Hadiri Konsert Solo

[Copy link]
Post time 16-6-2022 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Aina Abdul gementar menantikan konsert solo pertamanya di pentas berprestij, Istana Budaya yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.


Pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani itu berkata, dia juga tidak menyangka apabila konsert yang akan diketuai Pengarah Muzik, Mac Chew dan Jenny Chin itu bakal dihadiri ramai selebriti terkenal tanah air.




Foto: IG Aina




“Alhamdulillah kurang dua minggu lagi saya bakal membuat persembahan di pentas yang cukup saya impikan selama ini. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila berpeluang mengadakan konsert solo di Istana Budaya.


“Namun apa yang membuatkan saya lebih teruja dan gementar adalah selain peminat yang sudah mendapatkan tiket menyaksikan konsert ini, pengurus saya memaklumkan ramai selebriti terkenal dan berpengalaman bakal menghadiri konsert ini.




Foto: IG Aina




“Antaranya ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Ella, Datuk Nora, Datuk Hattan, Nabil Ahmad dan Hael Husaini serta ramai lagi sudah mengesahkan kehadiran mereka sekali gus memberi satu tekanan kepada saya yang masih baru mengadakan konsert ini untuk membuat persembahan di hadapan mereka,” katanya.


Menurut Aina, dia tidak putus berdoa agar segala persiapan menuju konsert A Night With Aina Abdul 2.0 berjalan seperti yang dirancang.


Mahu mencipta momen manis bersama peminat, katanya.




Foto: IG Aina




“Konsert ini adalah untuk kita semua menghargai diri sendiri dan saya akan menghadiahkan segala anugerah yang Tuhan berikan.


Dalam pada itu, Aina memaklumkan tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 masih boleh didapati di laman web www.ticket2u.com.my manakala bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 12:12 PM | Show all posts
tbh aku kalau dpt free aku jual kat org takdelah aku nk tgok melalak melolong + fesyen auk.. kita datang nak chill je
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 12:15 PM | Show all posts
suara dia agak sedap tp lagu dia 2 ketul je kot yg tau, kang krik krik pulak dlm IB
dia dikenali pun sebab bawah ella masa program reality tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:03 PM | Show all posts
Jeritan dia ni menganggu halwa telingaku... Mungkin telinga orang lain dengar sedap.

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
suara dia sedapp dgr kalau lagu nada2 biasa or rendah..mcm dia cover lagu purnama merindu kat big stage aritu n lagu sarah masa anu meletop..  kalau part tarikkk mmg serabut nk dgr..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sold out ye tiket dia, ribu2 pun habis dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang tak boleh la dgn mana2 penyanyi suka jerit2 ni. Lepas tu lagu semua nak ada highnote jah.puih
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:25 PM | Show all posts
mahal ye tiketnya. Paling murah rm114, pastu rm500 hingga rm 1200. Mampoo?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 03:30 PM | Show all posts
aku plg xleh blah dia buat lagu medley buh tajuk "Aina Abdul" tu..
self absorbed much? 3 lagu je defines your whole career?

1 lg, dia kena start fokus compose lagu utk artis2 lain jgk.
compose sendiri nyanyi sendiri perform sendiri mmg letih
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anony-mous at 16-6-2022 03:32 PM

Menjerit2 pon laku tiketnya. Retis yg i boleh terima tarik high note betul2 tggi mgkin jenna jen jah. Level2 aina ni karoke boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
She-Ra replied at 16-6-2022 12:15 PM
suara dia agak sedap tp lagu dia 2 ketul je kot yg tau, kang krik krik pulak dlm IB
dia di ...

wings nanti chuols pergi tak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 16-6-2022 03:25 PM
mahal ye tiketnya. Paling murah rm114, pastu rm500 hingga rm 1200. Mampoo?

tak mampooo kalah harga tiket sifu dak aina ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 04:16 PM | Show all posts
hotmak replied at 16-6-2022 04:14 PM
wings nanti chuols pergi tak

15 jul kang? harusss pegiii pegi tak? sempat beli tiket? 15minit dh sold out yuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
She-Ra replied at 16-6-2022 04:16 PM
15 jul kang? harusss pegiii pegi tak? sempat beli tiket? 15minit dh sold out yuuuuuuu

sempat ingat nak santai2 je saja try, mujur dpt alih tgk kat ig sold out dah, cepat betul

jumpa kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:03 PM | Show all posts
hotmak replied at 16-6-2022 04:46 PM
sempat  ingat nak santai2 je saja try, mujur dpt alih tgk kat ig sold out dah, cepat betul

j ...

wahh santai2 dpt.. rezeki tu. ramai mcm nak bertumbuk berperang bagai nk dptkan tiket  

jumpa di saaaaaaaaaaaanaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:11 PM | Show all posts
bagusla ada jugak retis bbnu mampu berkonsert...

konsert 2.5 juta kak ani jadi ke chuols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 09:41 AM | Show all posts
Takat jerit2 baik la aku dgr jac nynayi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun tak blh nak hadam jeritan Aina ni. Telinga iols sebenarnya masih tak boleh cam suara dan lagunya, tapi kalau tetiba tengah dengar lagu, pastu tetiba ada jeritan tak tentu hala, baru boleh agak, ni mesti Aina Abdul.
Bunyinya tu macam sengaja nak orchestrate nak show off nada tinggi, tapi tak kedengaran sedap di telinga Acik, dekkkk!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang tak sabar nak kutuk kau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:46 PM | Show all posts
buatnya artis² yang dia sebut tu tak datang, malu je nanti....
tengok mcm search rooftop tu, dah habis konsert baru bagitau ramai otai² rock yg datang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.072100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list