Sumber IG
Pelakon, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin mendedahkan dia dan isterinya yang juga seorang aktres, Nur Fazura mula menyukai lagu-lagu genre kerohanian dan menjadi pilihan mereka.
Memetik laporan mStar, aktor berusia 32 tahun itu menjelaskan lagu genre sebegitu membantu dirinya menjadi lebih tenang apabila dalam keadaan yang letih dan tertekan kerana kerja.
"Selepas tampil dengan genre kerohanian sebelum ini, saya mula jatuh cinta dengan lagu-lagu sebegini. Ini adalah genre yang sesuai untuk saya dan mahu mendalami lagi.
"Saya dan isteri memang layan lagu begini sekarang ketika berada dalam kereta. Banyak lagu yang ada dalam playlist kami. Ia memberi ketenangan dan menjadi terapi untuk diri kami.
"Dalam seharian bekerja, pasti ada rasa penat dan tertekan. Jadi, mendengar lagu kerohanian buat saya lega dan sentiasa beringat," katanya kepada mStar ketika pelancaran muzik video lagu baharunya yang berjudul Padamu. -CARI
|